Juara Fear Factor Selebrity Malaysia

Assalamualaikum.

Pasti malam tadi ramai yang menonton final fear factor selebrity Malaysia ni kan. Tahniah buat pasangan Hairul dan Dazrin yang telah menjadi juara bagi Fear Factor Selebrity Malaysia yang pertama ni. Niat murni korang untuk bawa parents pergi ke Mekah dan sumbangkan ke rumah anak yatim akhirnya menjadi kenyataan. Tahniah!

 

Sebenarnya, adik aku dah bagitahu siapa yang jadi juara. Katanya tau dari kawan beliau. Tapi tak puas hati jugak sebab nak tengok sendiri. Hikhik. Bengang je budak tu. Kepuasan hati harus! 

 

Bagi yang tidak menang tu janganlah hampa. Mungkin ini bukan rezeki korang. Bak kata Vince AF1, kita semua adalah pemenang. Bukan pengalah. Btw, best betul dapat RM200K ni. Kalau la aku dapat duit sebanyak ni memang 3/4 bayar hutang PTPTN je. lagi 1/4 buat apa yang patut. huhu.. 

Mee Udang Sungai Dua

Assalamualaikum wbt..

Rabu, pergi ke kulim semata-mata nak pergi career fair under GCAP. Kali ni MyPartners buat dekat Anjung Unimap, Kulim. Mula-mula dapat tahu pasal career fair kali ni pelik jugak sebabnya mana pernah diorang buat selain dari KL. Maybe nak ubah angin kot. Perjalanan ke sana cuma 1 jam 15 min aje dari Taiping. Kejap je rupanya. Ku sangkakan nak ke sana ambik masa 3/4 jam. Siap google map weh macam mana nak pergi ke Hi Tech Park ni. Gigih!

Baru ku tahu Hi Tech Park tu sebenarnya kawasan perindustrian. Intel yang selama ni aku tau memang ada kat kulim rupanya bebetul ada kat depan Anjung Unimap ni. Nak keje situ! Aim weh aim. Dari awal lagi nak kerja kat company macam IBM, DELL, INTEL. Tapi, rezeki tak ada lagi kot. Insyaallah, satu hari nanti. Aminn..

Tapi malangnya company tu tak ada dalam list masa career fair. Company IT yang ada masa career fair tu cuma Mesiniaga. Weh, ni pun ak baru tahu malam sebelum nak pergi tu. Rupanya Mesiniaga ni IT. Ku sangkakan company apa. Hakhak. Interview dengan Mesiniaga ni sebenarnya perlukan ketahanan mental untuk menjawab setiap persoalan yang dikemukakan. Pung pang pung pang dia tanya. Tak dapat jugak tak tahu lah. Dapat alhamdulillah, syukur. Tak dapat means kena cuba lagi la. Apa-apa pun, istiqamahkan diri dengan setiap apa yang dah terjadi. Itu yang lebih penting sekarang ni. :)

Ok, berbalik kepada cerita mee udang sungai 2 ni. Habis career fair memang lapar sesangat even tengahari tu dah melantak nasi free. Penat perah otak nak menjawab soalan kot. TQ awak sebab bagi kitorang idea nak makan apa. Alang-alang ada kat Kulim ni kan. 2 in 1 la. JJCM terus. 

 

Sampai kat kedai tengok ramai orang. Memang famous agaknya. Rasanya mee udang ni memang ohsem! Nak pulak ada 4 ekor udang besar-besar. I loike beb! Ayah, jom pergi makan mee udang ni. Tengah cuti sekolah kan.. :) Nasib baik allergic tak datang masa tu. Hehe..

Sekian saja laporan dari bilik kecik warna pink. Jumpa lagi!

notakaki : ada sesiapa nak pergi makan mee udang? Jangan lupa ajak ye. :P

Putus Asa?


Tidak tahu untuk mengatakan adakah ia benar atau tidak.
Tetapi kadangkala rasa itu menjengah tatkala mencari apa yang diinginkan tetapi ianya terlepas.
Terlepas begitu saja atau sengaja dilepaskan?
Tidak! Sudah berulangkali mencuba namun hasilnya sama sahaja.

Ya! Kata orang jangan terus berputus asa begini. 
Masih ada lagi peluang di luar sana.
Tapi.. Tapi sampai bila?
Sampai bila harus ku tunggu peluang itu.
Sudah pelbagai cara yang aku lakukan.
Namun, hasilnya tetap sama.

Duhai hati,
bersabarlah dikau.
Insyaallah, peluang itu akan tiba tidak lama lagi.
Amin..

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum...

Pengantin baru vs pengantin lama.. Bakal mengantinkan diri? Ahaks. Btw, selamat pengantin baru kepada yang berkenaan. Semoga kalian berdua bahagia hingga ke anak cucu. Amin.. Dan hari itu juga menyaksikan kedua belah ahli keluarga bertemu setelah sekian lama terpisah. Atas dasar apa aku kurang pasti. Kata emak, mereka lost contact dengan opah sejak masing-masing berpindah ke tempat lain. Opah yang dulunya duduk dekat Manong dan kini menetap secara kekal di Changkat Larang, Pengkalan. Manakala keluarga di sebelah sana kini menetap di Teluk Intan. Jejak kasih baq ang.

Tak nak sedih-sedih. Mari kita enjoy makan kenduri. Yeah! Ada cendol laa. Tapi nak komen, cendolnya sangat tak sedap. #sesukijenakkomen. 

wajah yang kebambaman semuanya. hakhak
style gler opah! hug u! xoxo
bersama mak yang
anis & mak yang
Sekian saja laporan dari bilik kecil wane pink! Pink yoo.. Gegurlnya aku! haha

Happy Birthday Anak Sedara

Assalamualaikum..

Cuma nak wish happy birthday dekat anak menakan aku 4 orang ni syirah, azril (bukan ko bulan 6 ke?), aini & dina. Semoga kalian berempat cepat membesar dengan jayanya dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Aminn.. Jangan nakal-nakal ok!


notakaki : kemain kek sampai 3 bijik. 

Wordless Wednesday #7 : Untuk Awak




notakaki : Awak, awak.. ini untuk awak taw. Ikhlas dari saya.. >.<