Mee Udang Sungai Dua

Assalamualaikum wbt..

Rabu, pergi ke kulim semata-mata nak pergi career fair under GCAP. Kali ni MyPartners buat dekat Anjung Unimap, Kulim. Mula-mula dapat tahu pasal career fair kali ni pelik jugak sebabnya mana pernah diorang buat selain dari KL. Maybe nak ubah angin kot. Perjalanan ke sana cuma 1 jam 15 min aje dari Taiping. Kejap je rupanya. Ku sangkakan nak ke sana ambik masa 3/4 jam. Siap google map weh macam mana nak pergi ke Hi Tech Park ni. Gigih!

Baru ku tahu Hi Tech Park tu sebenarnya kawasan perindustrian. Intel yang selama ni aku tau memang ada kat kulim rupanya bebetul ada kat depan Anjung Unimap ni. Nak keje situ! Aim weh aim. Dari awal lagi nak kerja kat company macam IBM, DELL, INTEL. Tapi, rezeki tak ada lagi kot. Insyaallah, satu hari nanti. Aminn..

Tapi malangnya company tu tak ada dalam list masa career fair. Company IT yang ada masa career fair tu cuma Mesiniaga. Weh, ni pun ak baru tahu malam sebelum nak pergi tu. Rupanya Mesiniaga ni IT. Ku sangkakan company apa. Hakhak. Interview dengan Mesiniaga ni sebenarnya perlukan ketahanan mental untuk menjawab setiap persoalan yang dikemukakan. Pung pang pung pang dia tanya. Tak dapat jugak tak tahu lah. Dapat alhamdulillah, syukur. Tak dapat means kena cuba lagi la. Apa-apa pun, istiqamahkan diri dengan setiap apa yang dah terjadi. Itu yang lebih penting sekarang ni. :)

Ok, berbalik kepada cerita mee udang sungai 2 ni. Habis career fair memang lapar sesangat even tengahari tu dah melantak nasi free. Penat perah otak nak menjawab soalan kot. TQ awak sebab bagi kitorang idea nak makan apa. Alang-alang ada kat Kulim ni kan. 2 in 1 la. JJCM terus. 

 

Sampai kat kedai tengok ramai orang. Memang famous agaknya. Rasanya mee udang ni memang ohsem! Nak pulak ada 4 ekor udang besar-besar. I loike beb! Ayah, jom pergi makan mee udang ni. Tengah cuti sekolah kan.. :) Nasib baik allergic tak datang masa tu. Hehe..

Sekian saja laporan dari bilik kecik warna pink. Jumpa lagi!

notakaki : ada sesiapa nak pergi makan mee udang? Jangan lupa ajak ye. :P

6 org mengomel :):

Didiey. said... Reply To This Comment

haddoiii sedapnya wa.

Pakcu Sofi said... Reply To This Comment

your welcome :p

Azwa said... Reply To This Comment

@Didiey.sedap weh. jom jimba sampai ke sana. then g penang terus. ngeh3

Azwa said... Reply To This Comment

@Pakcu Sofi >.<

HAZIRA said... Reply To This Comment

weh...kenal sgt mee udang ni

Azwa said... Reply To This Comment

@HAZIRAkahkah kak umie.. jom pegi lagi? eh, turn tepeng pulak.