Wordless Wednesday #9 : Danbo!

 

See this picture 
Describe it by your own. 
Thank you. :)

Petua Untuk Sakit Kepala

 

Selalu sakit kepala tak? Aha, ni ada satu petua rawatan Islam untuk mengubati sakit kepala yang sememangnya simple dan senang aje untuk korang ikut. cara-caranya adalah :

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 
2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali) 

5. Baca Surah An-Nas (1kali) 

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

INGAT : Jangan lupa letakkan kedua belah tapak tangan pada bahagian yang sakit. Insyaallah, sakit tersebut akan berkurang sedikit demi sedikit.


Sebab mengapa susah mendapat kerja

 

Inilah kot antara sebab-sebab utama mengapa rakyat Malaysia susah mendapatkan pekerjaan.
Majikan menilai dari segi bentuk tubuh badan? Rupa? 
Kemungkinan...
Haha. Joking only. 
Jangan ambil serius ye. 
Peace no war!

Ibu makan anak sendiri

Assalamualaikum..

Ibu makan anak sendiri? Ya! Itulah hakikatnya apabila seorang ibu yang bagi aku tak ada sifat perikemanusiaan. Woit! Anak kau tu. Anak yang kau kandung 9 bulan 10 hari tu. Tak sayang anak ke wahai manusia? Kalau sekalipun kau tak nak anak tu bagi la dekat orang lain. Ramai lagi pasangan yang dah lama berkahwin sampai sekarang ni tak ada rezeki menimang cahaya mata. Manusia oh manusia. Semakin lama semakin kejam. Haiwan pun sayangkan anak la.

sumber : facebook
Tengok gambar kat atas ni. Kejam ke tak kejam. Astagfirullahazim. Mengucap aku tengok gambar ni masa mula-mula klik kat link dalam facebook tadi. Nasib baik la jenis tahan tengok benda-benda alah macam ni. Kepala dipotong. Isi perut terburai keluar. Ya Allah! Siap ada 2 kuali lagi. Mesti dah sedia tuk dimasak n direbus terus lepas lakukan "penyembelihan" tersebut. Haiz

Kesimpulannya, wahai ibu-ibu sekalian tak kira la yang muda atau tua, sayangilah anak korang seperti mana korang menyanyangi diri korang. Anak itu anugerah daripada Allah. Amanah Allah kepada korang untuk menjaga hambanya. Bukan senang-senang aje korang nak bunuh, makan dan sebagainya. Tak nak anak jangan buat anak.

notakaki : kan dah emo! haha

Adik Muhammad Haidar bin Zahidi

Assalamualaikum

Nak share something dengan korang semua ni. Ni kisah tentang adik Muhammad Haidar yang baru berusia 3 bulan. Menurut bapa beliau, adik comel ni menghidap cancer mata. Allah! Malangnya nasib budak ni. Baru lahir dah dapat penyakit macam ni. 


Menurut bapanya lagi, mata kanan sebelah kanan memang dah tak berfungsi sepenuhnya then kena melalui proses pembedahan untuk membuang mata sebelah kanan tersebut. Lebih menyedihkan lagi mata kirinya jugak mengalami masalah yang sama dan kini berada di stage 3 canser. Allah! 

Korang yang berhati mulia dan prihatin, marilah sama-sama kita sumbangkan bantuan untuk meringankan beban keluarga baby ni. Tak banyak sedikit pun jadilah. Ok, korang boleh hulurkan bantuan tersebut kepada En. Zahidi (bapa baby ni) di :

talian : 012-5574577
no akaun CIMB : 0722-0015302-529
alamat rumah : 279-5-7, Lorong Tampin, 10150 Georgetown, Penang

Kahwin Lepas PRU-13 dapat RM1000

Assalamualaikum..

Baca utusan online tadi. Tajuknya kahwin lepas PRU-13 boleh dapat RM1000. Weh, best weh! Cop! sebelum tu. Tawaran istimewa ni khas untuk rakyat Terengganu ni. Tak percaya? Sila baca keratan akhbar ni.


KUALA TERENGGANU: Pengantin baru yang berkahwin selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menerima wang bantuan RM1,000, manakala mereka yang menimang anak pertama diberi bantuan RM500. 


Itu antara kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu yang akan diumumkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Said dalam masa terdekat, bagi menghadapi PRU13. Amnya BN Terengganu menjanjikan bantuan tambahan kepada rakyat terutama warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya, kata Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad kepada pemberita, di sini hari ini. 


Yahya berkata, bantuan kewangan tambahan itu dibuat berdasarkan pendapatan Terengganu yang dianggarkan sebanyak RM2 bilion setahun. 


"Walaupun kita akan menambah dana kewangan itu, manifesto BN Terengganu masih realistik dan menepati perumpamaan 'ukur baju di badan sendiri'," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai tambahan bantuan kewangan berkenaan. - BERNAMA 


So,ulasan aku di sini aku kira abang padil boleh dapat RM1000 tak? Abang! mohon belanja kami ye! hahaha..

You're Hired!


Dua hari lepas (dalam entry Chu Yam tu ada), aku bermimpi pasal benda ni. Adakah aku terlalu fikirkan pasal benda ni? Sampai terbawak ke dalam mimpi la. Parah dah ni. U're Hired! dalam mimpi tu. Dan petang semalam dapat mesej dari 1 company ni. Minta datang interview esok. Wish me luck. Amin! Semoga apa yang aku mimpikan ini bakal menjadi kenyataan. Amin ya rabbal al-amin.

notakaki : petandakah itu

Pembubaran Parlimen

Assalamualaikum..

Parlimen dah dibubarkan.
Saat di mana ramai orang tertunggu-tunggu bila masanya PM nak bubarkan parlimen
So, bila dah bubar ni korang seronok tak?
Aku rasa teruja & seronok tak?
Seronok sebab nak mengundi untuk pertama kalinya setelah cukup 21 tahun.
Sweet 21 forever yoo! Hahaha

Pada masa yang sama jugak sebenarnya aku takut.
Bukan apa. Kekadang macam-macam boleh berlaku masa ni.
Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk negara kita yang tercinta ni.

Undi lah apa yang korang rasa nak undi.
Pangkahlah pada pemimpin yang korang rasa dapat memimpin negara dengan jayanya.
Jangan ditanya apa aku akan undi pada PRU-13 akan datang.
Sebabnya..
Undi anda adalah rahsia.


notakaki : masa nak amik cop pengesahan boleh pulak PA penghulu ni masukkan bab politik. Tanya itu ini. Aku bagi jawapan paling terbaik. Haha. SAYA PILIH MALAYSIA!!

Perginya seorang Chu Yam

Assalamualaikum..

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jugalah kita kembali. Semua itu suratan Ilahi. Tabahkan hati dengan setiap kententuan-Nya, ikhlaskan hati atas pemergiannya dan lupakan segala sengketa yang pernah terjadi semasa hayatnya.

sumber : google
Jam 1.55 pagi semalam, semasa tengah nyenyak tido dan masa tu mimpi "u're hired!". Belum sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak berkenaan terdengar suara "azwa, azwa. bangun. Chu Yam dah meninggal baru kejap ni tadi" kata emak. Serta-merta bangun dan terus tanya balik untuk dapatkan kepastian. Ya memang betul. Innalillah. 

Semalam aku bermimpi tentang kematian arwah. Sebelum tidur semalam, otak mengatakan arwah meninggal esok (hari ini). Mengucap terus sebab fikir yang bukan-bukan. Ada 6th sense ke apa aku ni. Sebabnya kekadang apa yang aku rasa itu betul. Tak jadi hari ini pasti esoknya akan terjadi. Dan segalanya terbukti pagi semalam. Astagfirullahalazim. Maaf, aku bukan sengaja mendoakan kematian sesiapa terutama sekali ahli keluargaku. Tapi, inilah yang terjadi pada diriku. Adakah ini kelainan yang Allah kurniakan untuk aku. Terima dengan seadanya. Kalau boleh aku tak nak ada benda ni sebabnya takut. Takut memikirkan apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Semoga perkara ini tidak berulang lagi. Amin..

Chu Yam, 
nama yang sememangnya tidak asing buat kami sekeluarga. Orang yang telah menjaga ayah ketika sejak beliau berumur 10 tahun (tak silap aku). Seseorang yang sangat gilakan warna merah. Apa saja yang arwah nak semuanya merah. Baju kurung raya arwah kebanyakannya merah. Merah, merah dan merah lagi. Seorang yang tak banyak songeh dan mudah dibawa berbincang. 

Chu Yam,
permergianmu diiringi oleh tangisan dari anak dan cucu-cucu mu. Seperti sudah menjangkakan seperti akan meninggalkan kami semua pada hari itu. Ingat lagi sehari sebelum Chu Yam meninggal. Kami semua melawat dekat wad 6B katil no 31. Melihatmu terlantar tidak sedarkan diri. Tanganmu menggeletar. Badanmu sekejap panas sekejap sejuk. Sedih tengok keadaan masa tu. Kami kuatkan hati. Tahan hati daripada mengeluarkan air mata. Kami sedekahkan surah Yassin dengan harapan setiap kesusahan dapat dipermudahkan. Tanganmu semakin kerap menggigil. Tanda apakah itu.

Pagi itu, tepat jam 9.40 pagi. Urusan mengkafan selesai. Seorang demi seorang mencium. Kami semua melihatmu dan menatapumu buat kali terakhir. Subhanallah. Suci sungguh wajahmu. Seperti orang yang sedang nyenyak tidur tanpa ada sebarang masalah. Damai aje. Saat paling sedih apabila Puteri hendak mencium buat kali terakhir. Teresak-esak budak kecik berumur 7 tahun ni. Sungguh! Masa ni dah tak boleh nak tahan air mata dari mengalir. Tewas apabila melihat seorang budak kecik yang tahu neneknya telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Tangisannya mengiringimu dari rumah sehingga ke kubur.

Alhamdulillah, tepat jam 11 lebih segalanya selesai. Kami semua pergi meninggalkanmu. Bersemadilah di rumah baru mu wahai Chu Yam. Doa kami dari ahli keluargamu dan juga rakan-rakan mu sentiasa mengiringi mu. Selamat tinggal wahai makcik ku. Semoga dikau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin ya rabbal al-amin.

notakaki : Al-fatihah juga buat arwah atok, ayah ngah, nenek robiah, pak yang, pak long, abg falah, uda. Semoga kalian semua aman di sana. 

Powerbank



Powerbank baru! yahoo... 
Penyelamat ketika berada di luar kawasan rumah.
Kini, tak perlu bersusah payah nak cari plug semata-mata nak cas handphone.

Wordless Wednesday #8 : Ya Allah, Permudahkanlah Segala Urusanku