Perginya seorang Chu Yam

Assalamualaikum..

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jugalah kita kembali. Semua itu suratan Ilahi. Tabahkan hati dengan setiap kententuan-Nya, ikhlaskan hati atas pemergiannya dan lupakan segala sengketa yang pernah terjadi semasa hayatnya.

sumber : google
Jam 1.55 pagi semalam, semasa tengah nyenyak tido dan masa tu mimpi "u're hired!". Belum sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak berkenaan terdengar suara "azwa, azwa. bangun. Chu Yam dah meninggal baru kejap ni tadi" kata emak. Serta-merta bangun dan terus tanya balik untuk dapatkan kepastian. Ya memang betul. Innalillah. 

Semalam aku bermimpi tentang kematian arwah. Sebelum tidur semalam, otak mengatakan arwah meninggal esok (hari ini). Mengucap terus sebab fikir yang bukan-bukan. Ada 6th sense ke apa aku ni. Sebabnya kekadang apa yang aku rasa itu betul. Tak jadi hari ini pasti esoknya akan terjadi. Dan segalanya terbukti pagi semalam. Astagfirullahalazim. Maaf, aku bukan sengaja mendoakan kematian sesiapa terutama sekali ahli keluargaku. Tapi, inilah yang terjadi pada diriku. Adakah ini kelainan yang Allah kurniakan untuk aku. Terima dengan seadanya. Kalau boleh aku tak nak ada benda ni sebabnya takut. Takut memikirkan apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Semoga perkara ini tidak berulang lagi. Amin..

Chu Yam, 
nama yang sememangnya tidak asing buat kami sekeluarga. Orang yang telah menjaga ayah ketika sejak beliau berumur 10 tahun (tak silap aku). Seseorang yang sangat gilakan warna merah. Apa saja yang arwah nak semuanya merah. Baju kurung raya arwah kebanyakannya merah. Merah, merah dan merah lagi. Seorang yang tak banyak songeh dan mudah dibawa berbincang. 

Chu Yam,
permergianmu diiringi oleh tangisan dari anak dan cucu-cucu mu. Seperti sudah menjangkakan seperti akan meninggalkan kami semua pada hari itu. Ingat lagi sehari sebelum Chu Yam meninggal. Kami semua melawat dekat wad 6B katil no 31. Melihatmu terlantar tidak sedarkan diri. Tanganmu menggeletar. Badanmu sekejap panas sekejap sejuk. Sedih tengok keadaan masa tu. Kami kuatkan hati. Tahan hati daripada mengeluarkan air mata. Kami sedekahkan surah Yassin dengan harapan setiap kesusahan dapat dipermudahkan. Tanganmu semakin kerap menggigil. Tanda apakah itu.

Pagi itu, tepat jam 9.40 pagi. Urusan mengkafan selesai. Seorang demi seorang mencium. Kami semua melihatmu dan menatapumu buat kali terakhir. Subhanallah. Suci sungguh wajahmu. Seperti orang yang sedang nyenyak tidur tanpa ada sebarang masalah. Damai aje. Saat paling sedih apabila Puteri hendak mencium buat kali terakhir. Teresak-esak budak kecik berumur 7 tahun ni. Sungguh! Masa ni dah tak boleh nak tahan air mata dari mengalir. Tewas apabila melihat seorang budak kecik yang tahu neneknya telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Tangisannya mengiringimu dari rumah sehingga ke kubur.

Alhamdulillah, tepat jam 11 lebih segalanya selesai. Kami semua pergi meninggalkanmu. Bersemadilah di rumah baru mu wahai Chu Yam. Doa kami dari ahli keluargamu dan juga rakan-rakan mu sentiasa mengiringi mu. Selamat tinggal wahai makcik ku. Semoga dikau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin ya rabbal al-amin.

notakaki : Al-fatihah juga buat arwah atok, ayah ngah, nenek robiah, pak yang, pak long, abg falah, uda. Semoga kalian semua aman di sana. 

0 org mengomel :):