Assalamualaikum..
Lagi seorang kawan opis pergi meninggalkan kami di sini. Huaaa.. :'( Siti Robitah aka Kak Ita. Sampai hati akak tinggalkan kitorang. Lepas ni dah tak ada kawan nak pergi beli kerepek sama-sama. Btw kak good luck dekat company baru. Kalau tak best dekat sana jangan segan silu pindah balik dekat sini. Macam En. Hairul kata la "pintu lift terbuka luas untuk Ita" :)
So, awal-awal lagi En. Hairul dah pesan tema pada hari Khamis minggu tersebut adalah tema hari raya. Semua orang wajib pakai baju raya pada hari tu. Semangat giler bos aku ni. Raya lambat lagi dah ambil mood awal-awalkan. Its ok. Makan besar lagi hari tu. Nasi beriani u'olls! Sedap dan perut konyang dan terus konyang. Yabedabedu.
muka lapar |
Macam biasalah sebelum makan mesti ada sembang-sembang sikit sebelum bantai makanan yang ada kan.
Makan sudah bersembang pun sudah. So, sambung buat kerja balik lepas tu. Majlis bersambung pada hari Isnin minggu depannya. So, hari Isnin bersamaan 31 Mac 2014 hari terakhir Kak Ita bersama kitorang. Perasaan sedih tu memang ada. Tapi aku cool beb. Tak tunjuk. Haha!
mak dara & anak dara |
Ucapan terakhir untuk Kak Ita,
thanks for everything even kita sempat bersama lebih kurang 8 bulan. Tapi macam-macam benda tau. Haha, lagi satu sorry sebab banyak sangat soalan yang ditanya setiap kali kita lunch sesama. TQ so much! Jangan lupa datang office setiap kali Selangor cuti. :)
0 org mengomel :):
Post a Comment