Assalamualaikum.
Maksudnya:
(Ingatlah)
semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang
meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada
orang-orang yang beriman: Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit
dari cahaya kamu. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara
mengejek-ejek): Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di
sana), serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik
itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya
mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat) dan di sebelah luarnya, dari situ
terdapat (Neraka) dan azab seksa.
FITNAH! Siapa yang pernah kena fitnah? Aku sendiri pernah kena fitnah dari kawan baik aku. Fine! Masa kena fitnah tu aku redha dan pasrah aje. Aku tahu Allah sentiasa bersama orang yang benar. Even sampai sekarang fitnah tersebut belum lagi selesai tapi tak mengapa. Aku percaya suatu hari nanti sama ada lambat atau cepat kebenaran akan muncul jugak.
Kepada orang yang pernah memfitnah diri ini, aku doakan semoga kau "bahagia" dengan segala ungkapan dan ucapan yang kau katakan itu. Kepada yang mendengar serta menyokong fitnah tersebut tanpa usul periksa, korang hadamlah ayat-ayat manusia tersebut. Suatu hari kau akan tahu kebenarannya.
Ayat di atas sesuai sangat untuk korang yang sedang difitnah oleh orang-orang sekeliling. Cubalah baca ayat di atas ni. Semoga fitnah tersebut berbalik kepada orang yang membuat fitnah. Insyaallah.
0 org mengomel :):
Post a Comment