Iftar Blogger Perak ditaja oleh Mydin?

Assalamualaikum dan salam ramadhan. Iftar Blogger Perak pada kali ini ditaja khas oleh pihak Mydin. Mesti korang pelikkan macam mana BPians dapat berbuka puasa macam ni. Ha, itulah kehebatan Blogger Perak. Semakin dikenali di seluruh pelusuk Malaysia. Cewah! Kami ke sana atas jemputan pihak Mydin Mohamed Holding Sdn. Bhd.

Tujuan kami ke sana adalah untuk meraikan majlis pengagihan bubur lambuk dan majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar dan anak-anak yatim. Majlis ini diadakan sempena meraikan 100 tahun Nestle. Pergh, dah lama sangat Nestle ni wujud. Yang pasti ia wujud pada zaman moyang kita.

 

Kalau korang nak tahu 100 buah periuk disediakan oleh pihak Mydin dan Maggi. Kiranya lebih kurang 25 000 biji bekas bubur lambuk berjaya diagihkan kepada para pengunjung. Banyakkan! Majlis pengagihan ini telah dirasmikan oleh MB Perak, Dato' Dr Seri Diraja Zambry b. Abdul Kadir. 

~ kemeriahan di dalam Mydin Mall ~ 


~ Ada juga yang mengambilnya di luar. Cepat dan tangkas ~
Selesai dengan acara pengagihan bubur lambuk, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Iftar kami ditaja oleh pihak Mydin, Maggi & Nestle. Bestnya. Rugi la BPians yang tidak dapat menghadirkan diri.  Macam-macam yang kami dapat pada hari tersebut. Thanx Mydin, Maggi & Nestle.


~ antara anak yatim yang hadir ~
~ semuanya favourite ku. macam tau-tau aje. hikhik ~
Wakil daripada Blogger Perak :


~ Fina & adiknya ~


~ bersama adik Fina. terserlah kependekkan aku. haha ~


~ meja kami ~

Nampak tak milo kat belakang tu? Minum milo anda jadi sihat dan kuat! Cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini saja. Sebelum tu, sekali lagi jutaan terima kasih atas jemputan tersebut. Semoga bertemu lagi di entry yang akan datang. Kepada pihak Mydin atau mana-mana organization yang sudi jemput kami amatlah dialu-alukan. :)

3 org mengomel :):

ηuя αιмι Ƒαянαηα said... Reply To This Comment

waaaaa.. bestnyer

untunglaa mydin taja~ :p

Azwa said... Reply To This Comment

@ηuя αιмι Ƒαянαηαah remi. poyo je ko. haha

Mohd Sofian Ayob said... Reply To This Comment

Mmmmmm