Travellog : Ke Pulau Pinang ke Kita

Assalamualaikum..

Sempena hari ibu yang lepas, kitorang satu family pergi ke Penang. Semalamnya pada 10 Mei sambut hari ibu ramai-ramai dekat kampung. So, 11 Mei 2014 adalah masa untuk bercuti. Tenangkan fikiran. Yeah! sebenarnya dah lama plan nak pergi ke sana tapi terpaksa tangguh atas sebab-sebab tertentu. Tujuan utama nak naik jambatan kedua Pulau Pinang je pun. Hee

Panjang baq ang jambatan kedua tu. Kalau dari selatan memang dekat je nak naik jambatan tersebut. Cuma 27km sahaja dari RnR Bukit Merah. Lebih kurang 27 minit macam tu la. Maaf gambar tak berapa nak cantik. Almaklumlah handphone murah aje.

 

Say hi to JK2PP! Perasaan masa tu teruja pun ada. Masa dah naik atas jambatan tu perasaan aku cuma nak tangkap gambar je. Then sent dekat whatsapp group famili. Kekonon nak bagi depa ni jeles. Ahaks! JK2PP ni memang panjang. Aku tak sure panjang sebenar tapi apa yang dapat aku simpulkan dekat sini jambatan ni lebih selamat berbanding dengan jambatan pertama tu. Kenapa aku kata selamat sebabnya kita tak dapat nak tengok  laut dengan jelas. Erk, paham ke tak ni. Lagi satu terdapat pembahagian jalan raya antara laluan kereta dan motorsikal. *sebab tulah masa awal-awal pembukaan JK2PP ni ada yang buat aksi superman*. Bak kata ayah jauh sikit dari bandar Pulau Pinang. 

Plan pada hari tu? Erm, kitorang tak ada plan nak pergi ke mana-mana pun. Just enjoy the day. Pergi ke shopping mall yang ada dekat pekan Penang tu sambil cuci-cuci mata tengok gelagat orang dekat sana. Then macam biasalah aku ni sebenarnya pantang kalau pergi ke tempat orang. Mesti nak beli baju sebagai tanda kenangan. Ehem azwa, berapa banyak baju penang kau ada da. Berlambak dalam almari kau tu. Tak cukup-cukup lagi gamaknya!

Sebelum balik ke Ipoh, gigih ajak ayah pergi ke Street Art Penang. Akhirnya! Sampai jugak aku ke Street Art Penang ni. Ngeh2. Masa dah sampai dekat sana mak kata "lah, mak ingatkan tengok dalam galeri". :) 

Jenuh jugak nak mencari Street Art ni. SA yang kitorang pergi ni dekat Lebuh Armenian. Orang Penang mesti tau. So, this is the result!

 
  

Untuk pengetahuan korang banyak lagi tempat lain yang ada SA ni tapi tak berkesempatan nak pergi. Huhu. Tapi tak mengapa lain kali boleh pergi lagi. :) So, cerita korang masa cuti hari itu apa?

2 org mengomel :):

Nuriesya Nadia said... Reply To This Comment

Amboii seronoknya jalan jalan.

p.s : nak jeruk. :P

Azwa said... Reply To This Comment

@Nuriesya Nadia hehhee.. saya pun tak beli jeruk.. :)