Jom Melawat Perak - Nasi Ganja. *Vanggey Vanggey*

Salam blogger, Salam Perak Aman Jaya. Sekali lagi entry yang berkaitan dengan Segmen Melawat Perak. Kali ini nak cerita tentang makanan yang sememangnya menarik lagi best *sambil nyanyi iklan perodua - lagi best!* yang ada di Perak.

Korang pernah dengar tentang nasi vanggey? Atau lebih nama popularnya nasi ganja.

 

Nasi ganja ni amat popular di ipoh. Pelancong yang datang ke Ipoh pasti akan cari nasi ni. Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa nasi ganja. Jawapannya cuma satu. Setiap orang yang makan nasi ni pasti nak makan lagi. Senang cerita ketagih la. 

Awak, mana nak cari nasi ganja ni? Abang manis, akak cun, adik comel, ni akak manis mahu bercerita. Senang saja nak cari kedai nasi ganja ni. Kedai ni terletak di Jalan Yang Kalsom. Tak pasti di mana kedainya? Sila cari atok google ye. 

Kesabaran yang tinggi perlu ada dalam diri korang kalau datang pada waktu lunch. Sebabnya korang perlu beratur panjang. Ini benar! Aku sendiri pernah mengalaminya. Tapi tak mengapa. Demi perut yang dah buat aksi keroncongnya tersendiri aku tak kisah. Beratur pun beraturlah. 

Pesanan penting dari penaja "Selamat Menjamu Selera"

4 org mengomel :):

farahazyanti said... Reply To This Comment

Omaigod,sedapnye..
Saya baru balik dr bukit kurau perak.
Xsempat nak ke ipoh cari nasi ganja..
hee :D

Azwa said... Reply To This Comment

@farahazyantihee. memang sedap. nt dtg ipoh cepat2 cri nasi ni tau.

ηuя αιмι Ƒαянαηα said... Reply To This Comment

Moh laa kite nanty! haha :p

Azwa said... Reply To This Comment

@Amy Farhana
blanya. sbtu ahd jdual ak full..