Kena peluk?bestnya...








hi hi hi wahai readers semua.
mesti terujakan dengan tajuk entry nih. mestilaa
eh eh, pernah kena peluk tak?
tak kisah la dengan sape korang peluk, dipeluk atau memeluk 
indahkan terutama sekali dapat pelukan dari orang yang disayangi... 
peluk tuh peluk jugakkan.. bagi yang belum muhrim lagi kalau nak peluk lebih-lebih sila akad nikah dulu ye..
haa, korang tau tak sebenarnya sesi peluk nih ada faedahnya. nak tau? 
bawah ni ada beberapa fakta tentang pelukan.. 


  • Dapat tingkatkan keserasian : Hasil daripada kajian pakar menunjukkan bahawa dengan sebuah pelukan, ia akan meningkatkan lagi keserasian antara pemeluk dengan orang yang dipeluk secara automatik. Hubungan komunikasi akan menjadi lebih baik.

  • Jantung lebih sihat : Pelukan akan meningkatkan hormon oxytocin (hormon kesihatan jantung) dan mengurangkan hormon kortisol (hormon yang menyebabkan stress dan meningkatkan tekanan darah).

  • Perlahankan kadar degupan jantung : Seseorang akan berasa lebih tenang apabila menerima pelukan. Kajian juga menunujukkan bahawa kadar degupan jantung seseorang adalah lebih perlahan berbanding daripada orang yang tidak berpelukan walaupun didalam situasi yang normal.

  • Hilangkan sifat negatif : Dengan pelukan, sifat negatif seseorang seperti ketakutankesunyian, kekurangan keyakinan diri dan sebagainya dapat dihilangkan.

  • Tingkatkan rangsangan sistem saraf : Professional seperti pakar psikologi menggunakan pelukan sebagai salah satu cara untuk memberi kekuatan terhadap pesakit mereka.
p/s : bestnya kena peluk.. hug me please..errr




0 org mengomel :):