Teaser Raya : Hari Raya Kedua - Part 3

Assalamualaikum.. yeah, masuk dah part ketiga. Kebiasaannya hari raya kedua kami sekeluarga akan balik kampung. *Macam jauh sangat kampung haa*. Tapi, tahun ni tak dapat balik awal sebabnya rumahku dah macam kenduri kawen. Rumah penuh daripada pagi sampai la malam. Sanak saudara bawak segerombolan ahli keluarga mereka. Bukan 1 bukan 2 tapi sekali 7 buah. 

Dan hari itu juga, untuk pertama kalinya beraya bersama rakan BloggerPerak. Kami mulakan expedisi pengembaraan membuncitkan perut di rumah Cik Fiffy. Hidangan utama adalah spagethi bolognese. How nice. My favourite tuh. Thanx ye adek fiffy. Lain kali sila buat lagi. :p. 

  
sumber : remi

Proses membuncitkan perut diteruskan pula di rumah kak hanie. Homai, kak hanie buat bihun sup. Rugi la pada sesiapa yang tak makan. 

 
sumber : kak hanie

Cukup 2 buah rumah betul-betul membuatkan perut berasa kenyang sesangat. Rasa tak boleh nak masukkan makanan lagi. Tapi apakan daya semua itu ku tolak ke tepi sebabnya terjumpa kuih raya kesukaanku. :p. Eh, snap dlu sebelum pulang sebagai tanda kami pernah beraya di rumah beliau. :p


sumber : remi

Oit kenyang la oit. Ayat yang hanya tersekat dalam hati aje. Tak mampu untuk dikeluarkan hanya kerana ingin beraya. Tak mengapa. Bukan selalu dapat beraya bersama seperti ni. Peace yo. Yeah, ekspedisi diteruskan pula ke rumah kawan Nia. Aha, kat sana dapat tau panggilan "manja" adik Nia kita ni. Hi Peah. opsss. Tersasul pulak. 

Selepas tu rumah siapa ek. Adess, kelupaan sebentar. Aha, rumah Faiz Zaini. Kat sana jumpa baby Hana yang sangat comel. Ohsem! Geram giler tengok budak kecik ni. Rasa nak cecubit puas-puas weh. Mukanya ala-aa korean gitu. Kakinya menggeletek bila kitorang dukung dia.. Eeee, geramnya.. 

 

Hari semakin petang. Muka sorang-sorang nampak lihat plus kenyang. Otw, ke rumah kak ruzz. Masa otw ke sana nampak 1 kedai kat tasek. Nama kedai tu agak censored sebenarnya. Kalaulah orang bota yang menyebutnya. Ahh, memang parah bunyinya. Tak sanggup den nak dongarnya. hewhew. 

Yeay, lastly rumahku. Thanx ye korang sebab sudi beraya kat teratak pak mail nih. Next year sila datang beraya lagi. Ok, jom usha gambar mereka sebelum kami semua bersurai dan aku bersemadi di teratak tersebut. :p

  
  
  

Fuhh, akhirnya. Selesai sudah sesi berhari raya bersama BPians. Happy raya with them. Luv u la BP. muahmuah. 

notasayang : semoga persahabatan yang terjalin ni berkekalan sampai bebila. We're Family!



2 org mengomel :):

Pisyek K said... Reply To This Comment

huntung la makan spegeti. tetibe rasa lapar plak. ekekeke. :P

Azwa said... Reply To This Comment

@Pisyek Kumar hikhik. jgn jelly