Teaser Raya : Hari Raya Pertama - Part 2

Assalamualaikum. Bertemu lagi kita. Hari yang sama tapi waktu yang berlainan. Semangat untuk mengupdate blog ni lain macam. Mungkin disebabkan rasa bosan yang amat sangat. Maybe! Dah baca teaser raya part 1? Belum ek. Tak mengapa, semua itu bisa diatur. Klik kat Teaser Raya : Malam RayaLa ni teman nak bercerita pasai hari raya pertama. Hari di mana semua umat Islam seluruh dunia menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Tapi, korang puasa penuh ke? Yang perempuan tak apa. Excuse mereka diterima. 

Seperti biasa aktiviti sebelum pergi ke masjid adalah sesi meminta ampun & mengalirkan air mata. Part ni memang tak sempat nak ambil gambar. Selesai bersalam terus ke masjid. Ok, sediakan apa yang patut sementara menunggu kehadiran kaum kerabat dan tetamu yang lain. Sekali lagi laksa. Oh my favourite. 

***** Rumah Pak Mail & Cik Semah *****

~ family pertama yang hadir ~
Selesai dengan keluarga kak natrah. Hei, sebelum tu mari kita snap-snap dahulu. Lihatlah keceriaan yang terpancar di wajah kesayanganku ni.

  

Selesai sisi bergambar terus bersiap-siap untuk mengunjungi kaum kerabat sebelah ayah. Rumah pertama yang kami pergi adalah rumah mak yang.

***** Rumah Mak Yang *****


~ bersama baby mia ~
 

Nampaknya ayong sedang praktis untuk menjadi seorang ibu yang berjaya. Bagus-bagus. Practice make perfect. Dah ada anak nanti senang. Selesai bersoseh-soseh & puas gomol mia, perjalanan kami diteruskan dengan menuju ke rumah mak uda. Kat rumah ni terjumpa kembar seiras mia. Tadaaa...

***** Rumah Mak Uda *****

  
~ bersama mak teh. hi, tema kami sama ~
  

Ohoiii, sangat mengantuk dan penat sebab perut penuh dengan makanan. Makin bertambah la berat badan oit. Balik rumah terbongkang terus. Penat punya pasal. Malam pulak buat apa? Terima kunjungan anak mak uda. Tema mereka warna kelabu & biru. Kemainnya anak menakan aku ni ye. Posing lebih ha..


Cukup-cukup sudah. Cukup sampai di sini saja untuk part 2 ni. Bye, jumpa di part 3.

2 org mengomel :):

Pisyek K said... Reply To This Comment

pergh, hujung-hujung siap nyanyi skali tu yg tak tahan. :P

Azwa said... Reply To This Comment

@Pisyek Kumar hakhak. sesaje nyanyi.