Majlis Konvokesyen Ke-15 UNITEN

Assalamualaikum..

3 November 2012, itulah tarikh yang aku nantikan setelah 4 tahun bergelar pelajar Universiti Tenaga Nasional, kampus Putrajaya. Rasanya semua bebudak batch aku nantikan saat gilang-gemilang ni. Tarikh dimana kami semua diiktiraf sebagai graduan Uniten. Dengan adanya majlis konvokesyen ini bermakna aku telah menamatkan 4 tahun pengajianku di universiti ni dalam Bachelor of Information Technology (Information System) (Hons).


Bermula sebagai pelajar foundation untuk kursus Information Technology selama setahun pada tahun 2008 dan setahun selepas tu berjaya ke peringkat degree pula. Ambil IT jugak tapi major Information System (2009-2012). Selama 4 tahun ni jugalah bermacam-macam dugaan yang aku hadapi. Dugaan kecik besar semua ada. Senang cerita pahit manis masam masin memang secukup rasa. Ohsem! Dugaan terbesar berlaku pada taun 2011. Ok, tak nak cerita. Benda yang dah lepas tak usah dikenang kembali. :) 

Macam-macam ragam manusia aku jumpa kat sini. Dan bermula dari zaman foundation inilah aku menjadi penduduk tetap bangi dan kajang. Berulang-alik dari ipoh ke KL tu dah menjadi aktiviti tetap sebabnya boleh dikatakan setiap 2 minggu sekali akan balik ke rumah. Adakalanya seminggu sekali. Nampak tak pembaziran telah berlaku di sini. Ok, tak kisah janji diri ini happy. :P


Aha, sebelum tu nak ucapkan terima kasih dekat Adib sebab sudi jadi photographer pada hari tu. Thanks a lot! Tak lupa jugak buat familiku, izan, syena, lina, syaza, n kengkawan yang lain. Thanks sebab sudi datang meraikan hari bahagia ni. :P Korang, kat bawah ni ada la sedikit gambar untuk dikongsi bersama. 

 
bersama Imp
Bersama ex-scandal. Haha. Syena dengar mampus aku kena marah. Harap maaf kakak. Gurauan semata-mata. Bukan la, Imp ni  antara sahabat lelaki yang rapat dengan aku sejak foundation lagi. :P Jangan salah sangka ok!


Syaza! Ex-roomate kat Apartment Ilmu. Sahabat terbaik yang aku pernah ada selain Sri dan Lina. Dah lama sangat tak jumpa dengan dia ni sebabnya kami berlainan course. Thanks Syaza sebab sudi meluangkan masa walaupun sekejap dapat jumpa kau. Rindu kamu!

Selesai sudah sesi bergambar bersama rakan dekat Dewan Seri Sarjana (DSS). Jom beralih ke sesi fotografi di Putrajaya. Area? Terlupa. adess. This is what I get from AdiredStudios. Nice! Thanks Adib.

 
     

Nampak tak kasih sayang dan kegembiraan yang terpamer di wajah kami bertiga? Aha, mereka ni lah teman dan sahabat seperjuanganku. Persahabatan kami semakin akrab dari semasa ke semasa. Apa pun rintangan yang mendatang pasti akan harungi bersama. #cewah. Ayat memang tak nak kalah punya. Hahaha.


Yang ni pulak sesi bersama my twin, Kakak Izan!. Twin? Mesti korang pelikkan kenapa tetiba dan macam mana boleh jadi twin. Nak tau? Tanya sama pokok. Kuikui. Macam pelik aje panggil Izan ni "kakak".

Akhir sekali, ucapan ni khas my beloved parents. Mum dad, this is for you! Thanks for everything that you have done for me. Support anakmu ini tak kira apa jua benda sekali pun. Thanks.. thanks & thanks! Love you!

p/s : Cerita ni walaupun dah sebulan lebih tapi tetap nak share jugak! hakhak. Happy 2013 semua! Semoga apa yang kita inginkan sepanjang tahun 2012 ni telah tercapai. Apa yang penting salah satu hasrat aku untuk ke menara gading dan seterusnya ke pentas konvokesyen pada tahun ini telah tercapai. Alhamdulillah!

4 org mengomel :):

Didiey Fadhilah Ramli said... Reply To This Comment

wawa dah grad! Pastu keje. Dah keje boleh belanja aku. HAHA! Tahniah wawa!

Azwa said... Reply To This Comment

@Didiey Fadhilah Ramli apa tu belanja? ok, stat taun ni no belanja2. nk kumpul duit tuk kawen. ahha. insyaallah diey. :p

Nurfarizan said... Reply To This Comment

Oh. Terharunye. Lalala~

Azwa said... Reply To This Comment

@Nurfarizankihkih.. :P