Walimatulurus : Minah dan Zakwan

Assalamualaikum. Seriusly dah lama sangat tak coretkan sesuatu kat blog ni. Kekangan masa itulah penyebabnya. Ditambah pulak dengan tak ada ideanya. Hah, memang tak boleh nak buat apa-apa la. So, memandangkan ada idea nak menaip ni baik teruskan niat suci lagi murni tu.
31 Mei 2013, tamatlah sudah zaman bujang kawan seangkatan, sebantal, serumah, kaki jongket aku ni. Tahniah Minah. Eh, sekarang tak boleh panggil minah dah. Stat 31 Mei 2013 jam 8 malam Sri Noramirah bt Jaafar sudah digelar Puan Sri Noramirah. Weh, ko tak perlu tunggu darjah kebesaran tu dari mana-mana raja sebabnya zakwan dah bagi gelaran tu sendiri dekat ko. Ahaks. Ni nak cerita sikit pasal akad nikah ko ni. Minah, yang ni ikhlas dari aku :
Saat ko berdebar-debar, aku sekali berdebar-debar sebabnya aku pikir esok aku akan "naik pelamin" sekali dengan ko. Haha. Tak boleh blahkan ayat naik pelamin aku tuh. Hujan turun renyai-renyai waktu maghrib masa kita sama-sama on the way nak ke surau dekat rumah ko. Masa tu ada cik ros dan opcoz mak ko ada sekali. Berlari-lari anak kita berempat ke surau tu. Sampai kat surau aku tau debaran ko makin kuat. Makin kuat tengok tuk kadi dan bakal suami ko pun dah ada kat situ. Kehkeh, sejuk gler tangan. Part paling aku suka dengar bila suami ko lafaz "aku terima nikahnya Sri Noramirah bt Jaafar dengan mas kahwinnya bla bla bla" tu. Tuppp, jatuh terus gelaran cik dekat ko. Yang still maintan lagi dengan gelaran tu tinggal aku dan cik ros.
Part paling sedih dan aku nak nangis sekali saat ko bersalam dengan mak ko. Seriusly, aku nak menangis tapi jiwa aku kan kental. #kental sangat! Wakaka. Ambil kamera terus snap gambar-gambar kenangan tu. Bestnya dah kahwin! Nak jugak.. Mood gatal datang dah. Aku dan cik ros pegi dekat ko dan mak ko. Berpelukanlah kita berempat masa tu. Pergh, rasa macam ahli kelurga sangat masa tu. Masa tu aku terpikir macam manalah masa turn aku pulak ye. Mesti dupdap macam ko jugak.



 
mas kahwin! tak nak belanja aku ke? haha
we love u


Ok, mari cerita masa hari persandingan pasangan ni. 1 Jun 2013 pukul 12 tengahari. Maka bermula lah majlis tersebut. Rombongan pengantin lelaki belum sampai sebab dijangkakan akan sampai pukul 1 lebih. 1.30 tengahari maka beraraklah aku dan Puan Sri kita ni menuju ke mempelai lelaki.

Nak dijadikan cerita inilah kali pertama naik atas pelamin oit. Habis basah baq ang baju aku. Nak kata tak ada kipas, kipas tercanak kat depan pelamin. Gugup punya pasal la kot. Mana pernah jadi pengapit selama 22 tahun hidup ni. Pestime ok! Pengalaman tu. Disebabkan badan berpeluh kawkaw punya masa tu, TERkipas diri sendiri. Apapuntakboleh la.Orang kipas pengantin, aku kipas diri sendiri.



Walaubagaimana pun masa hari perkahwinan tu boleh dikatakan macam reunion sebabnya dapat jumpa balik bebudak Uniten Pusaka Tersayang ni haa. Lama giler tak jumpa diorang. Rindu bangat haa. Macam nak pepeluk je. Kohkoh.


Akhir kata dari adik Choc kepada Puan Sri Noramirah :

"aku doakan semoga perkahwinan kalian akan berkekalan hingga akhir hayat. Baca tak ayat aku dalam kad tu. Ko hayatilah ye. :) Hadapi setiap masalah tu dengan cara yang paling ohsem sekali. Jangan pandang remeh benda yang kecik sebabnya kadangkala benda yang kecik itulah yang akan menjadi besar. Hadapi segalanya dengan hati yang tenang. Apa-apa bawak berbincang. Dan jangan lupa, cepat-cepatlah bagi kami anak saudara. hahaa.."

Selamat pengantin baru dariku!.




4 org mengomel :):

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

tahniah buatnya..comel sgt..

Pisyek Kumar said... Reply To This Comment

tuan punya blog ni bila pulak? asyik2 pergi kenduri kahwin orang je... xD

Azwa said... Reply To This Comment

@nuyui a.k.a miss YUIkannn.. seri pengantin naik haaa

Azwa said... Reply To This Comment

@Pisyek Kumar empunya blog ni lambat g. x cukup duit nak kawin lagi. ilmu pun x cukup g ni.cane nak kawin? hahaha