Sambutan Hari Raya IDSB

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik syawal pun dah berkahir. Cepatkan masa berlalu. Sebenarnya, nak dijadikan ceritu hari tu company buat majlis hari raya dekat opis. Hari Jumaat bos siap pesan suruh pakai baju raya. Kalau tak pakai kena denda. Masuk office hari Isnin, aku tengok semua orang pakai baju raya. Kemain segak, cantik dan bergaya semuanya. Cun-melecun gitu. Macam-macam juadah yang ada. Kuih raya, kek raya, makanan raya sume ada. Cuma yang takdanya adalah duit raya. Sobsob. #eh, dah dapat masa bulan puasa haritu. Hee. 

Majlis hari raya tu bermula dari pukul 12.30 tengahari sampai 2 petang. Tapi kami semua lajakkan sampai dekat pukul 3 petang. Hahaha. Makanan banyak lagi. Makan! Makan. Tak baik bazirkan makanan yang sedia ada. Nasib baik bos kitorang ni jenis sporting. Dia ye kan je tengok staff-staff dia. Demi membahagiakan perut staffnya. 

dari kanan : Asz, Kak Wanie, Kak Rose, Kak Mira, Kak Ila, Kama. 
Jamuan raya kali ni disediakan khas untuk staff dan orang yang terpilih saja. Dengar cerita tahun lepas lagi meriah sebab Dato' jemput orang luar sekali. Tak mengapa, janji majlisnya berjalan dengan lancar, Itu yang penting.

team gegurl yang terpaksa makan dalam surau. Haha
Kali ni tak ada khemah bagai macam last year, kata akak-akak senior. Tahun ni kitorang buat dalam opis saja. Tempatnya dekat level 3 iaitu pantry. Disebabkan hall dah penuh, kami 8 orang termasuk diri ini terpaksa menjamu selera dalam surau. Pantry, bilik meeting, hall semua dah penuh. Tinggal surau saja yang tak ada orang lagi nak duduk. Ini semua Kak Pah punya idea. Hahaha. Jadilah, asalkan lepas tu kitorang kemaskan balik dan tak kotorkan surau. 

Makan sambil bersembang. Memang ohsem sangat-sangat. Selesai saja makan terus si photography teragung kat opis snap macam-macam gambar. Macam-macam aksi dan lagak diorang ni pamer. Photogedik jugak rupanya korang ni. Haha. Jangan marah, saya cuma bergurau. :p Boleh dikatakan setiap sudut la. Daripada hall, bilik meeting, surau sampailah ke pantry nun ha. Ada je gambar yang budak ni tangkap. 

bilik meeting
laluan ke pantry
Selesai tangkap gambar kat area pantry, sekarang ni pulak bergambar dekat front-desk. Gigih semuanya turun ke level bawah dekat. Kali ni kitorang tangkap gambar bersama department masing-masing. #Eh silap. Sesi ni dimulakan dengan semua staff IDSB yang hadir masa tu.

  
Lepas tu hero malaya  

  
Diikuti pula dengan mak jemah sekalian. Ayu tak kami? 

 

Ha dah selesai gambar dengan semua staff, sekarang ni giliran untuk setiap department. Ok, kita mulakan dengan IT Department iaitu department aku. Percaya atau tak, akulah satu-satunya bunga dalam department tu yang dikelilingi oleh kumbang-kumbang sekalian.

 
IT Department
 Lepas tu Operation Department. Department ni lagi ramai perempuan daripada lelaki. Hikhik.  

Operation Department
Akhir sekali accounting department. Ha, kat department ni terbalik pulak dengan department aku. Sorang boboy yang lain gegurl. Haha.

 

Kalau korang perasan dalam setiap gambar ni ada lelaki yang memakai baju biru ala-ala hijau tu kan. Actually, yang ni lah bos kami. Bos ketiga dalam company ni. Bos bahagian operation. Cool, sporting dan friendlylah beliau. Satu je tabiat beliau adalah menyakat orang. Haha.

Oklah, masa x berapa nak ada ni. Nak chiow ke Ipoh sebentar. Jumpa lagi dalam entry yang yang akan datang. Apa yang pasti entry tu berkenaan dengan majlis perkahwinan abg fadil dan kak ruzz kami yang tersayang. Cewah! 

0 org mengomel :):