Ber"BR" di BLACK Canyon

Salam ramadhan. Sekali lagi iftar bersama blogger perak. Kemain sayangnya ha aku dekat Blogger Perak. Maunya tak. Benda pertama yang aku akan klik bila masuk Facebook adalah BP. Eh, malalut ke mana dah. Ok, beralih pada topik utama. 2 orang adik aku : ain & fiffy ajak berbuka sama-sama. Katanya boleh makan aiskrim baskin robbbins free terus.  

Masuk dalam JJ terus ke tempat yang sepatutnya iaitu Black Canyon. Nak buat pengakuan yang sebenarnya ni la kali pertama  aku makan dekat restoran ni. Selama ni pakat usha sebelah mata aje. Dalam hati teringin jugak nak makan. Ha, saatnya telah tiba. Thanx to my dearest sis sebab sudi ajak akak kome ni makan ye. Order siap-siap then sempat la merayap sebentar.

Sementara menunggu panggilan daripada akak Black Canyon (akak ke?), berjalan ke tingkat 1 di mana Baskin Robbins ni terletak. Hamek kaw! Ini yang kami nampak. Tak ke tergamam masa tu.

  

Korang bayangkan kami sampai pukul 7 lebih dah seramai ni. Bersemangat sungguh mereka! Kebanyakkannya kaum cina. Melayu memang ada tapi ada la berapa kerat aje pun. Bukan aje budak-budak yang beratur tapi nenek pun ada sekali. Alahai nek, tak penat ke? Sian saya tengok nenek beratur panjang. Saya yang nak join sekali berbaris terus batalkan niat tuh. Tak larat cu, nek oii.

Usha, usha dan terus usha. Dapat call daripada akak BC. Yeay, meja dah kosong. Apa lagi bergegas la kami menuju ke BC. Duduk dalam beberapa minit makanan pun sampai. Mata  masing-masing berkilau sebab tengok makan.

 
Satu kejadian yang membuatkan kami rasa nak keluarkan balik segala makanan adalah :

 

Ohmai, ada pencungkil gigi dalam tomyam. Pencungkil gigi weh! Ni bukan main-main. Ni betul-betul punya. Bukan sengaja kami letak untuk dapatkan makanan free. Cubalah korang bayangkan sedang korang sedap menghirup keenakan tomyam tuh tetiba jumpa benda ni. Apa korang rasa? Sumpah aku rasa nak termuntah dekat situ jugak. Tunjuk dekat waitress dia kata apa tau "sorry". Kemain kau ye budak say sorry je. Nasib baik angin baik haritu. Kalau tak memang blah macam tu je. *erk, berani ke?*

Berjaya buncitkan perut masing-masing dengan perisa tambahan. Next planning adalah karok! Kemain berkarok-karok ha. Aku rasa aktiviti karaoke semakin kerap aku lakukan sejak meninggalkan dunia belajar nih. Dulu-dulu bowling. Oh, rindunya nak main boling. Korang, jom main bowling. Jomla!

Sesi karaoke ditaja khas oleh Fiffy. Thanx ye dik. Macam-macam lagu yang kami nyanyi. Macam biasa aku lebih suka menyampuk lagu orang daripada memilih sendiri. Hee. Suara wa ni merdu sangat! hakhak. 

~ penuh penghayatan! ~
~ tak sanggup nak tengok muka sendiri menyanyi. geli! ~ 
~ punya la dia ni cover ayu. hahaha ~
Sesi menggedikkan diri sebelum ke destinasi yang seterusnya.


~ i got 5 days mc ~
Makan dah karok pun dah. So, masanya untuk ke gerbnag malam pulak. Kononnya nak buat suprise la dekat si Amirul tapi kami pulak yang disuprisenya. Merewang ke tempat lain rupanya. Ciskiaq betul la kau, Amirul. huh! Fuh! penat membuncitkan perut. Penat jalan sana sini. Masa untuk pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Cewah!

Sampai dirumah dapat berita tentang pakcik. Sakitnya makin tenat dan tak lama selepas itu  dapat call dari mak mengatakan beliau telah meninggalkan kami semua. Ya Allah, masa tu engkau saja yang tahu. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

2 org mengomel :):

ηuя αιмι Ƒαянαηα said... Reply To This Comment

hehe! suweet sour sume! :D

Azwa said... Reply To This Comment

haha. tau xpe