Iftar bersama ex-schoolmate

Assalamualaikum dan salam ramadhan. Yeay, ramadhan yang ke-25. Tak sabar rasanya nak raya. Wee. Nak story banyak pasal kejadian semalam. Semalam, dengan jayanya aktiviti iftar bersama bebudak Haji Taib berjalan dengan lancar. Walaupun tak ramai tak suasana tetap meriah. 


kami lah bekas pelajar haji taib!
Aku sebagai organizer secara tak langsung gembira sangat dengan semangat dan persahabatan yang korang semua tonjolkan semalam. Memang happening gila. Nasib baik meja kita paling hujung. Kalau tak aku rasa mau kena halau dengan manager pizza. Hahaha. 

Bila dah berjumpa dengan bebudak ni secara tak langsung mulut aku memang tak akan duduk diam. Semalam sesape yang kena bahan dengan aku nasib korang la ek. Sampai aje dekat dorang terus tanya "Jea, ko bila lagi nak bagi kami anak sedara?". kahkah. Sorry jea, unexpected question daripada mulut aku. Jangan marah tau. 

 
Sempat lagi bergosip sementara menunggu kehadiran pizza tersayang. Pizza! Masa ni si Fakhrul tak sampai lagi. Jenuh la weh aku nak call kau. Jemir call terus dapat no cina sesat. Aku call dapat pulak tetiba pakcik yang angkat. Boleh pulakkan. Malu oit malu!

 
 

Bukan main gembira bebudak ni makan. Lapar ke oit! Tau la dah 2 hari tak makankan. Ingat-ingatlah orang belakang weh! Tak senonoh sungguh. :)


  
dr kiri : saya, didiey, remi & ain
Muka-muka kekenyang melantak pizza seorang 3 keping (kecuali ak). Macam dirancang pulak. Hi, kami buat iklan gigi dan bibir. Erk! Sementara menunggu take a way untuk family tercinta di rumah, kami sempat lagi bergosip. Gossip gurl! ohmai. Pantang jumpa mesti ada gosip liar yang akan keluar. 

Destinasi yang seterusnya adalah karaoke. Sungguh weh! Semangat aku nak karok malam tadi lain macam. Jom tengok retis-retis ni melepaskan suara yang tak berapa sedap tuh. Hakhak.

Bawah ni penari yang tak bertauliah. Haha. Kemain seronok korang kan menari. Saya suka *sambil buat gaya meimei*.

  

Kini, selesai sudah segala aktiviti kami pada hari itu. Sebelum mengakhiri entri ni sekali lagi aku ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab korang sudi meluangkan masa bersama. Walaupun pada awalnya aku macam dah berputus asa nak teruskan event ni tapi dengan semangat dan persahabatan yang korang tunjukkan buat aku cekalkan hati untuk teruskan jugak. Thanx korang. 

p/s : Cepat plan next event weh! tak sabar nak kumpul ramai-ramai lagi macam ni.


"Teman boleh diibaratkan dengan pasir-pasir di pantai tapi sahabat yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu "

2 org mengomel :):

ηuя αιмι Ƒαянαηα said... Reply To This Comment

Karok yang paling happeningg~ for me!! miss sume!! ;)

Azwa said... Reply To This Comment

kannn... gila kentang. korang, next event plizz