Travellog : Jalan-jalan Cuci Mata ke Melaka - Part 2

Assalamualaikum...


Part 2. Ermm, maksudnya story ni pasal hari Ahad la. Dipendekkan cerita kitorang mandi-manda dekat Melaka Wonderland. 

 

Nak story ni. Melaka Wonderland tak best! Best lagi A'Famosa Waterworld. Seriusly. Even dekat sini banyak jugak slidenya tapi aku lagi suka slide dekat AFamosa. Lagi mencabar dan menakutkan. Eh, tapi tak apa. Itu Semua tak penting. Yang penting kita enjoy. Haha. Perkara paling tak best bila mandi-manda ni adalah masa main body slide tu tetiba pinggang sakit. Terasa macam cramp sekejap. Ini semua gara-gara nak betulkan benda alah warna biru tu la. Huaaa.

Puas main semua benda yang ada dalam Melaka Wonderland ni. Masa untuk lunch pulak. Weh, perut bebetul lapar tengahari tu. Tak senonoh betul. Tapi biasa la kan. Lepas mandi mesti la lapar. Nak nak pulak dah tengahari. Perjalanan diteruskan ke Aeon terdekat. Lunch dan shopping time!

 

Rasa gila kejap tengok sale Padini & Branch Outlet. Cuba korang bayangkan. Handbag section boleh jadi kosong. Hebak orang Melaka shopping haa. Cadang nak shopping baju tapi baju yang nak dibeli tu tak ada saiz. Punah harapan weh. Harapan.. harapan menjadi layu. Perjalanan balik ke KL pun sama daa. Sekali lagi tempuh jam. Ciskek betul. Jam yang ntah apa-apa jam. 

Ok, sekian sahaja siaran tak langsung dari blog azwa. Semoga berjumpa lagi di entry yang lain. Pasal convo tak update lagi ni. Apapuntakleh daa.. Byeee.

3 org mengomel :):

fadilpenyu said... Reply To This Comment

pasangan kapel tu woihhh. kahkah. kalau abam la kan, jangan harap la nak duk kapel2 belakang. hahaha.







#abang kan tak romantik.

Azwa said... Reply To This Comment

@fadilpenyu haha. sapa kapel abg oit? mana ada..

Pisyek K said... Reply To This Comment

untungla kapellllll~~~~~ :P