Walimatulurus : Cikros dan Hazman

Assalamualaikum Salam Ahad semua. Alhamdulillah, sekali lagi berpeluang menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini. Korang puasa ke tak ni? Berbalik kepada tajuk entry ini sebelum aku teruskan ayat sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada bff aku iaitu Lina aka Cikros dan pasangannya Hazman. Aku doakan semoga ikatan suci ini akan berkekalan hingga ke syurga. Amin!

3 hari aku menetap dekat rumah Cikros. Suasana, persekitaran dan yang paling ketara sekali adalah bahasa diorang. Nasib baik aku paham jugak penggunaan bahasa diorang ni sebabnya sejak dekat Uniten lagi kengkawan aku ramai dari kalangan Pantai Timur. Ok, nak kata paham sepenuhnya tipulahkan. Kengkadang blur jugak dan nasib baiklah Puan Cikros kita ni baik hati jadi translator aku. Haha!

Pengalaman naik bas ke pantai timur seorang diri bagi aku agak mencabar. Sebab apa mencabar? Salah satu sebab adalah aku sendiri tak biasa dengan keadaan dalam stesen bus Putra. Walaupun dekat je dengan rumah sewa tapi aku decide keluar ke sana 1 1/2 jam awal walaupun bus bertolak pukul 9.30 malam. Sebenarnya aku takut nak jalan seorang diri dari stesen LRT PWTC tu. Padahal pukul 7 aku sampai sana tengok ramai je orang. Apalah aku ni. Bukan apa fikirkan keselamatan diri sebenarnya. Yelah, sekarang ni kan macam-macam kes. Menakutkan weh! Dah la belum kahwin lagi. :p. 1 1/2 jam tunggu akhirnya pengambaraan ke sana pun bermula. Dengan lafaz bismillah dan berbekalkan makanan, ubat-ubatan dan kelengkapan diri aku mulakan pengambaraan dengan hati yang berdebar.

Alhamdulillah, sampai di sana 10 minit sebelum Subuh. Syukur perjalanan ke sana berjalan dengan lancar. :) Sampai je rumah Cikros terus solat dan kemudian sambung balik tidur. Haha! Pukul 7 bangun dan tak banyak benda yang dibuat pagi tu. Sebelah malam bersiap-siap untuk majlis akad nikah. Berdebar jugak masa majlis akad nikah tu berlangsung. Tak tahu kenapa setiap kali sahabat baik aku akad nikah aku yang terlebih gementar. Bak kata orang putih "I feel what you feel". Over sangat tau!

Majlis akad nikah berlangsung di masjid berdekatan. Hujan turun dengan lebat seolah-olah meraikan 3 pasangan pengantin pada malam tersebut. Majlis berjalan lancar. Alhamdulillah. Usai akad nikah apa lagi bergambar la weh!

kiri : harus berselfie berdua dengan Pn Minah
kanan : yeay! officially Pn Cikros
Majlis yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kau cantik weh masa ni. Suka tengok! Dok berangan macam manalah muka aku nanti kalau dimake up. Kahkah! Kemain serba hijau kau, Cikros.


Ketara betul kependekan aku dalam gambar ni. Haha! Its ok, orang pendek ni kan comel. *ttdmka*. Majlis berakhir lewat petang. Tapi pukul 5.45 petang aku minta izin dari Cikros nak keluar dengan Minah. Jenjalan dekat KB Mall, Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan Wakaf Che Yeh. Best sebab first time sampai dekat 3 tempat ni. Hiks! Tapi sayang 1000x sayang sebab PCB tengah dibaikpulih. Sampai aje dekat sana terus patah ke next destination iaitu Wakaf Che Yeh.

Esoknya, last day aku dekat sana. Sebelum balik kitorang makan kenduri lagi sekali. Kali ni dekat rumah husband Cikros pulak. Ala, macam biasalah adat menyambut menantu.

  
 

Ok, mari nak cerita serba sedikit tentang adat-adat orang sana. Ada yang sama seperti kita orang belah utara dan selatan. Apa yang membezakan adat yang biasa aku tengok adalah :

1. adat mengenal pengantin / menantu
adat ni first time aku dengar. Tak pasti korang pun first time atau dah banyak kali dengar. Masa tengah sibuk pack goodies beg diorang ada la sebut perkataan mengenal ni. Aku dengar je tapi dalam hati tertanya-tanya. Bila dah sampai waktu bersanding tu tetiba mak andam Cikros cakap "ok, sekarang kita buat sesi mengenal dulu". Ok, dari saat itu aku baru tahu adat mengenal diorang macam mana. Erm, sebenarnya adat ni ada je kita-kita belah utara dan selatan buat. Tapi dalam versi lain. Macam family aku biasanya sesi pengenalan suami/isteri pengantin tu kitorang pergi berkunjung ke rumah sanak-saudara.

Tapi diorang punya adat macam ni. Kedua-dua pasangan pengantin diminta duduk dibawah sambil berlutut dan kemudian ahli keluarga belah pasangan beliau akan bersalam sambil hulurkan sedikit sumbangan. Kemudian duit yang beliau dapat diletakkan dalam bekas yang telah disediakan di sebelah beliau. Boleh bayangkan tak? Maaf la weh, masa ni terlupa betul nak ambil gambar. :) Duit-duit yang ada dalam bekas tadi sepenuhnya hak milik pengantin perempuan tersebut. Peh Cikros, belanja aku pelizzzz. Ahaks!

2. hantaran / mas kahwin
biasanya kita dengar mas kahwin hak milik pengantin perempuan sepenuhnya kan? Tapi bagi adat di sebelah sana hantaran adalah mas kahwin untuk pengantin perempuan.

3. majlis menyambut menantu
sebelum aku mulakan ayat untuk part ni nak cerita sesuatu. Macam biasalah kan kalau pengantin lelaki bersanding pada hari tu malam tersebut beliau akan menginap di rumah mak mentuanya. Alkisah aku macam ni, Pagi ahad tu aku bangun dari tidur lalu Cikros pun kata "weh, pergilah masuk dalam bilik aku tu. Ko bersiap dekat sana. Laki aku tak ada dia dah balik rumah". Masa tu aku blur giler sebabnya kenapa pulak laki si Cikros ni balik rumah mak dia pepagi buta. Lepas tu beliau terang pasal adat depa memang macam tu.

Ok, berbalik kepada part sambut menantu ni. Rupa-rupanya adat menyambut menantu sebelah sana memang berbeza dengan apa yang pernah keluarga aku buat. Diorang punya adat macam ni. Pagi-pagi lagi si suami akan pulang ke rumah maknya. Bersiap di sana dan kemudian tunggu rombongan isteri beliau sampai di rumahnya. Ha macam tu.

Erm, ok lah itu sahaja! Kepada Cikros dan Hazman sekali lagi aku ucapkan tahniah dan cecepat bagi dapat baby yang comel-comel ye. Hiks!

2 org mengomel :):

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

tahniah buat meber tu ya,

mula2 ingt td cikros BP..ekeke

selamat berpuasa =)

Azwa said... Reply To This Comment

@nuyui a.k.a miss YUI haha yui. :)