Travellog : Langkawi aku jejak - Part 1

Bismillah..

Saat yang ditunggu-tunggu sejak lebih kurang belasan tahun yang lepas untuk menjejakkan semula kaki di Permata Kedah akhirnya tercapai. Yahoo! Alhamdulillah. Kali kedua jejakkan kaki ke Langkawi. #poyojekau #sukahatiakulah #kausibukkenapa. Percutian di Langkawi berlangsung selama 2 hari 1 malam. #masasikit #takhabisshoppinglagi

Bertolak dari Ipoh tepat jam 12.15 malam. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 4.50 pagi kami sampai di Jeti Kuala Perlis. Dalam hati laju betul driver bas ni bawa. Tapi syukur semuanya selamat tanpa sebarang halangan. Berhenti di RnR sebanyak 2/3 kali tak silap aku. Sampai sahaja di Jeti Kuala Perlis kami semua terus ke masjid berhampiran untuk bersihkan diri dan solat.

 

Masuk dalam kawasan masjid tengok ramai giler orang.  Fuh! Terfikir sempat ke nak mandi memandangkan feri kami pukul 7 pagi. Redah ajelah. Nak masuk ke toilet pun jenuh beratur. Peringatan! Tidak dibenarkan mandi dalam toilet tapi aku langgar peringatan tersebut, Bhaha. Ampun, sesungguhnya aku memang rasa tak selesa bila nak ke mana-mana dalam keadaan tak mandi. Terasa seperti diperhatikan. :p Btw, kawasan masjid ni sangat cantik. Sesiapa yang pernah masuk aku berani bat yang diorang pun akan teruja. 

Ok, masa untuk naik feri dah tiba. Beraturlah kami sekumpulan manusia dari seluruh pelusuk bumi Malaysia untuk masuk ke dalam feri. Sebenarnya hati aku berdebar-debar sebab aku ni mabuk laut. Jadi untuk hilangkan rasa mabuk tu aku tidur dari mula feri bergerak dan sedar masa dah nak sampai di Langkawi. Sempat jugalah nak tengok pemandangan pulau sementara dekat dalam feri tu. 10 minit selepas terjaga ternampak burung helang. Yeay! Alhamdulillah.

muka happy bila dah sampai langkawi
Banyak perubahan yang dah berlaku dekat Langkawi ni. Menurut kata emak masa pertama kali kami sekeluarga sampai di Langkawi suatu masa dulu burung helang tu baru nak dibina. Tudia, punyalah lama tak ke Langkawi. Sampai je di Langkawi perkara paling utama yang kami buat adalah breakfast. Punyalah lapar perut. Tak pasti nama foodcourt tu apa. Destinasi seterusnya driver bas bawak kami ke tempat jualan gamat.

 

Maaf, terlupa nak amik gambar kedai ni sebab teruja nak beli minyak gamat banyak-banyak. #padahalsikitaje. So, masa dekat kedai tu kita boleh tengok cara diorang proses minyak gamat. Masa kami semua sampai di sana, diorang tengah errr yang ni aku tak pasti panggil goreng orang rebus atau apa. Apa yang pasti diorang letak minyak gamat tu dalam kuali besar kemudian keluarlah minyak-minyak dari gamat tersebut. Menurut kata tuan kedai diorang dah letak lebih kurang 2 hari gamat-gamat tersebut dalam kuali. Macam-macam weh ada dekat kedai tu. Segala macam minyak, balm, shampoo dan sebagainya. Original dari gamat ok! So, ni kira permulaan shopping untuk aku dan adik serta kaum kerabat aku la ni. 

Perjalanan kami diteruskan ke kedai menjual batik. Borong lagi. Haha! Borong untuk mak. Aku tak pakai mana kain batik. Fail lagi oi. Haha. Adik dan sepupu kemain borong seluar bagai dekat sana. Fuh! Seterusnya ke Makam Mahsuri. 

 

Cantik keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Wan Aisyah ni. Bagi yang belum pernah sampai di sini meh teman nak kabo mengkeme semua. Kome masuk dalam muzium ni dan kome akan dapat tengok sejarah dan kisah-kisah Mahsuri sehingga beliau meninggal dunia. Segala macam barang Mahsuri depa pamer dalam tu. Siap ada video lagi.

  

Jenjalan lagi dan terdapat satu pemandangan yang buat aku tergamam sekejap. Padi! Lawa.. Jakun sekejap sebab tak pernah tengok dari dekat. Kesian betul dekat budak bernama Azwa ni. Haha!

selfie dulu sebelum chow 
Panas sebenarnya hari tu tapi panas yang hangat tu kami tak terasa hangat dek keseronokan. Cewah, poyo la ko ni. :p  Ok ok ok! *buat gaya bapok jap* Badan dan penat. Kepala dah penat. Kami berehat dahulu dekat hotel. Petang-petang sikit baru sambung pengembaraan Le Cazen ke HIG pulak.

Petang tu kami bebas nak buat apa sahaja. Sebenarnya nak ke Pantai Cenang tapi hasrat hati tak kesampaian. So, kami sepakat ke HIG terus. Perkara paling best yang kami pernah buat dan aku rasa memang memori terindah kami adalah berjalan kaki sepanjang 1.2 km dari hotel semata-mata nak ke bangunan HIG ni saja. Dengan keadaan panas terik petang tu aku rasa tak ramai yang mampu buat. Kagum sebentar. :P Alhamdulillah, walaupun cuaca panas terik tapi petang tu kami tak rasa terik langsung. Akhirnya!!

sumber dari Google
Aku sendiri tak pasti berapa lama masa yang kami ambil untuk sampai ke sana. Tapi apa yang aku pasti tak sampai 1 jam pun. :) Sampai HIG kemain menyengih semuanya. Misi berjaya! Maka boronglah kami di sana. Sekali lagi kerana terlampau eksaited aku terlupa nak ambil gambar coklat-coklat dan barang-barang yang kami borong dekat sana. Setelah ditolak campur bahagi darab jumlah coklat + barang lebih kurang RM1K++. Hambik kau. Sakan!

 

Duit dah tinggal berapa je maka kita dinner dulu sebelum balik ke hotel. Fuh. Dalam banyak-banyak coklat yang aku borong 2 coklat ni paling win. 

whittakers berry & biscuits - sama macam cadbrurry blackforest dan lagi sedap!
nutella & go - konsep sama macam mini celup zaman budak hingusan dan coklatnya adalah nutella.

Penat menaip. Nanti aku sambung part 2 pulak. Bye!

2 org mengomel :):

Maria Hasun said... Reply To This Comment

tak puas la 2 haria 1 malam. ehe

Azwa said... Reply To This Comment

@Maria Hasun yup kak. x cukup. takpe, ada rezeki nak pegi sana lagi. :)