Graduate Career Accelerated Programme (GCAP)

Assalamualaikum..


Baru dapat mesej ini dalam minggu ni. Homai! Ingatkan den ni akan terus kecewa, kecewa dan terus kecewa. Yela, program GEMS kat johor sah-sah memang tak dapat nak join. Sadis tahu tak!. So, at least dengan adanya invitation daripada pihak GCAP sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kepasrahan tersebut.

Kalau entry sebelum ni ada menceritakan tentang program GEMS, kali ni nak cerita serba sedikit tentang program GCAP. Cop, sebelum tu nak tanya lagi sekali. Pernah dengar tak pasal GCAP ni? Apa? Tak? Tak mengapa. Dengar sini penduduk kampung sekalian. Ini ada 1 cerita. Cerita apa? GCAP la oit! haha. 

GCAP atau Graduate Career Accelerated Programme menawarkan latihan peningkatan kemahiran kepada para siswazah sebelum melangkah ke dunia pekerjaan. Program ini ditaja sepenuhnya oleh TalentCopt iaitu sebuah badan di bawah pentadbiran Perdana Menteri dan diuruskan oleh My Partners Sdn. Bhd bersama Scicom Education Group.

“Program ini ditaja kerajaan untuk meningkatkan peluang siswazah menganggur diambil bekerja. Tujuan GCAP ialah untuk membentuk modal insan yang cekap serta memiliki kemahiran khusus untuk membolehkan mereka menyertai industri perkhidmatan, mampu meningkatkan kerjaya dalam persekitaran teknikal serta profesional dan akhirnya diberi peluang memainkan peranan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan,” kata Mohan-Ketua Pegawai Operasi Scicom Education Group.

Ok, nampak dah apa itu GCAP? Bagus. So, tunggu apa lagi. Ambil perluang keemasan ini wahai pemegang-pemegang siswazah sekalian. Sesungguhnya dengan melibatkan diri dalam program ini adalah tidak merugikan. Malah, kita akan dapat suatu pengalaman yang baru dan juga kenalan-kenalan baru. Itu yang penting. Haha. 

So, untuk program ni aku akan berada di kolej masterskill, Ipoh. First time nak masuk kolej ni. Terasa begitu teruja beb! Cari anakayam baru. kuikui. Ok itu sangat tipu. Jangan risau ye kengkawan semua. Elaun, tempat tinggal pihak GCAP akan sediakan. Disebabkan aku anak jati ipoh, sememangnya aku akan berulang-alik dari rumah. Itu lebih baik! Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi pihak GCAP atau layari website GCAP.

Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi entry yang akan datang. Chow sinchi!

3 org mengomel :):

Pisyek K said... Reply To This Comment

#mestisedap anak ayam. :P

Azwa said... Reply To This Comment

@Pisyek Kumar anak ayam goreng.. hahaa

Unknown said... Reply To This Comment

cane leh dpt kt ipoh lak?
zilamanaf@yahoo.com