BR1M RM250.. Alhamdulillah!

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah. Tak sangka pulak permohonan BR1M 2.0 yang aku buat secara online tu diterima. Sesaja try sebenarnya memandangkan aku ni cukup 21 tahun. Itu pun setelah 2 3 kali try. Asyik error aje pun masa isi form br1m tu. Nak kata tak isi scroll dari atas sampai bawah cukup aje ha. Takpa, kesabaran tu penting. Cuba je nasib. Ha, kali ketiga isi baru berjaya. Tahniah azwa tahniah!

 

Masa dekat UTC tu sebenarnya kitorang dah cek br1m ni. Empat-empat cek, empat-empat dapat br1m. My God! Tak sangka. Alhamdulillah. Tengok dalam list tu katanya batch ke-2. So, surat tu diorang akan distribute pada 19/2. Tunggu punya tunggu 25/2 baru dapat. Dah la surat baru sampai hari tu dalam pukul 10.30 pagi dan kena ambil hari tu jugak. Padahal majlis start pukul 9 pagi. Nasib la hari tu tak merayap ke mana-mana kalau tak naya je. Siap cecepat terus pergi ke dewan 1 Malaysia dekat Chemor. Pukul 11.30 jugak la sampai ke sana.

Aha, sampai aje dekat dewan tu muka dah terkejut gegila ni. Semua orang yang ada dekat situ semua berpakaian biru merah. My God! Silap tempat ke apa ni. Padahal dah betul. Polis yang tunggu dekat gate dewan tu boleh pulak buat dek je then usha macam tak puas hati. Ingat aku ni perompak ke pun. Haiz. Ok, dengan bismillah aku langkah masuk ke dalam dewan tu. Belum lagi sampai dekat meja pendaftaran ada sorang kakak ni lambai-lambai. Dari jauh dia tanya "adik ambik br1m RM250 ye?". Apa lagi, anggukla. Datang lagi seorang petugas tanya "dik, bila dapat surat ni?". Jawapanku "saya baru dapat pagi ni pukul 10.30 pagi tadi, pakcik". Slumber giler panggil dia pakcik. Takkan nak panggil abang kot. Lebih kurang sebaya ayah je. Haruslah panggil dengan panggilan tu. Ye dak?

Ambik sekali kakak aku punya br1m. Nasib la diorang ni tak cerewet macam kes arwah nenek aku punya. Kemain payah nak ambil. Ok, baucar RM500 dah ada kat tangan. Tunggu nak cash out je. Masuk dalam dewan  cash out br1m ku. Prosesnya tak lama cuma ambil masa 3 minit je. Cepat kan? Yeay! selesai tugasanku.


Alhamdulillah, rezeki ni. Memandangkan duit pun makin berkurangan dalam purse tu maka dengan penambahan RM250 ni sekurang-kurangnya dapat ringankan beban aku. Amin! Eh, nak buat apa ye dengan duit br1m ni? Any suggestion? Adakah android semakin menghampiri ku? Tanya otak tepuk purse tengok duit cukup atau tak. Dalam hati "cukup!". Haha.

Sekian saja laporan dari bilik kecil warna pink! Bye..

10 org mengomel :):

antara said... Reply To This Comment

untung laa... =)

Azwa said... Reply To This Comment

@antara heee. alhamdulillah. :)

Pisyek Kumar said... Reply To This Comment

awwwww. ada bau fon baru la... :P

Azwa said... Reply To This Comment

@Pisyek Kumar kahkah.. still guna bb ni ha. xda hp baru pun.

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

hye wawa..amboi, besh dia dh dpt ea..hihi..

Azwa said... Reply To This Comment

@nuyui a.k.a miss YUIhehehe..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... Reply To This Comment

belanja ler apa lg hehe...

p/s: amboi2 dia dok selongkar blog org eyh....jangan lerrr malu la ai kalo jumpa entry xmatang ai haha

Azwa said... Reply To This Comment

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr hahaha.. kita simpan duit tu tuk kawen. #eh boleh gitu?

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

haha,mmg ai ni grg la wawa =)

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

sggh pg ya wawa..