Travellog : Cherating! Aku Datang

Assalamualaikum..

Yes! Akhirnya sampai jua aku di Cherating ni setelah sekian lama mengimpikannya. Cewah, ayat kau sangat tak boleh blah. Ni dikira sebagai famili outing la. Makcik aku ajak dari awal bulan 2 lagi. Katanya pastikan aku dapat join kali ni sebabnya asal dia ajak je mesti last minit cancel. Nak buat macam mana tuntutan peribadi. Ahaks.

Berholiday sempena Chinese New Year. 4 hari di sana bermula 10/2 - 13/2. Holiday sakan ha! Bertolak ke sana seawal 8 pagi ambil cazen kat Gombak. Breakfast dengan kek birthday si Aimi. Rupa-rupanya birthday si debab tu. Dalam hati tak sabar-sabar nak sampai. Al-maklumlah, first time nak pegi sana. Hee.  Alhamdulillah, perjalanan ke sana sangat lancar dan tak ada jam pun. Kitorang sampai Cherating tepat pukul 12.30 tengah hari. Sampai aje kat bumi Cherating perut terus keluarkan irama keroncong, dangdut, hitz. Singgah kat kedai makan area mana aku sendiri tak tahu. Kitorang makan dulu sebelum check in sebabnya waktu check in pukul 3 petang. Hadeii, lambatkan. Usai je makan terus ke hotel, The Legend Resort. Pemandangan kat situ cantik. Hotel bebetul tepi laut. I loike! 

aksi Mia & Husna masa baru sampai
Bosan tunggu bilik siap dikemas, ajaklah bebudak ni pegi usha kawasan sekitar hotel tu. Sebenarnya dalam hati nak pergi tepi pantai tu. Tapi hajat tak kesampaian sebabnya hujan pulak daa. So sad. Tak apa, kau dekat sini 4 hari. Sabar Azwa sabar!

Mia ni tak sah kalau tak buat aksi gitu. Senonoh betoi
Aktiviti selama 4 hari kat Cherating ni? Pagi bawak bebudak ni mandi swimming pool. Dengan aku sekali mandi. Lalala. Pastu keluar pegi jenjalan, shopping baju & sourveniour kat Kuantan, Cherating dan beli segala macam keropok untuk famili dekat Chukai, Terengganu. Borong sakan! Haha.. Sebelah petang pulak macam biasa la lepaking dekat tepi pantai. I love pantai. That's why kalau orang ajak pergi pantai aku memang akan teruja giler. Pandang ciptaan Allah ni betul-betul membuatkan hati aku rasa tenang, damai dan tenteram. 

swimming pool
penginapan kami!
kami budak comel! haha
Ombak dekat Cherating ni memang kuat giler. Mula-mula tu ingatkan air pasang tapi bila tengok sepanjang hari dari pagi sampai ke malam sama aje. Kira memang bahaya la kalau nak mandi sebabnya pihak berkuasa dah letak bendera merah dekat tepi pantai tu. Nak mandi boleh tapi memang kena berjaga-jaga. Petang hari kedua bawak cazen pergi pantai. Bawak diorang jenjalan sekitar pantai tu. Nak tau apa diorang buat. Tengok ni.

   
kiri : hasil kreativiti faiqah & husna
kanan : nampak smiley tu? Hug! 



Seronok ha main pasir. Sampai taknak naik ke bilik. Padahal dah senja masa tu. Sekali makcik turun bawah suruh naik. Hamek kau! Tulis nama la, buat istana yang tak berapa nak menjadi la. Tak mengapa. Diorang seronok, aku pun seronok. :)

Sepanjang 4 hari dekat sana, hari yang paling ohsem adalah hari selasa tu. Petang tu kitorang mandi laut. Even ombak dia menakutkan tapi memang best! Bebudak ni awal-awal je takut tapi lepas tu hamek kau. Makin lama makin ketengah aku tengok. Budak yang paling teruja adalah Mia. Bukan main lagi dia. Main  ombak tak ingat dunia. Tak percaya? Tengok segala macam aksi yang dia buat masa kat laut ni.

kat pantai 


Gambar kat atas ni baru aksi kat pantai. Belum lagi dekat Natural Batik Village tu. Lagi la memacam aksi yang dia tunjuk. Geram betul tengok kegedikan beliau. Ahaks!


Itu saja. Bye semua!

2 org mengomel :):

Pisyek K said... Reply To This Comment

acani la tak ajakkkk. :P

Azwa said... Reply To This Comment

@Pisyek Kumarhaha