GCAP : UTC! We're Coming

Assalamualaikum..

UTC! Kami datang. Pergi ke sana dengan 1 tujuan iaitu menghadiri sesi temuduga di Pusat Kerjaya Amanjaya. Aku dapat tahu pasal temuduga ni pun dari classmate GCAP, Atikah. Masa dia ajak pegi UTC ni aku still ada lagi dekat KL. Almaklum la, teman ni baru balik dari holiday. Gigih balik jugak hari jumaat tu sebab taknak lepaskan peluang keemasan ni. 

 

Plan kitorang nak pergi hari jumaat tu tapi tak nak sesak-sesak sebabnya hari tu pihak kerajaan buat majlis pembukaan UTC ni. Ramai orang dan sememangnya aku mudah serabut. Nanti tak pasal-pasal sakit kepala. Bukan boleh jangka dah kepala ni. Secara jujurnya kagum jugak la dengan pembangunan secara mendadak di Perak ni. Lepas satu, satu bangunan yang naik. Sikit lagi Perak jadi macam KL. #eh boleh ke macam tu? 

Ok, masuk saja dalam UTC ni mata aku terpegun sekejap. Super Kinta dah bertukar wajah! Fuyohh magik. Ahaks. Bagi orang ipoh tau la apa itu Super Kinta. Kalau korang nak tau jugak sebenarnya Super Kinta ni antara tempat shopping yang famous zaman aku sekolah rendah dulu. Tapi malang tak berbau lama-lama bankrap. Sebabnya aku sendiri tak tahu. Ok abaikan yang tu. *melalut dah* Mari fokus pada tujuan sebenar kedatangan kami ke sini.

Haa, masuk je dalam UTC ni kitorang terus cari Pusat Kerjaya Amanjaya. Teman kabo dekat kome semua, ramai giler bebudak yang datang. Masa tengah isi borang interview, tetiba terdengar salah seorang cakap "ada sesiapa nak interview Top Glove?" Aha, ayat diorang ni sebijik macam ayat akak-akak MyPartner panggil kitorang masa career fair GCAP 7 Feb lepas. Pandang sesama sendiri aku dengan Atikah, Kak Noryn & Kak Umie. Tergelak dekat situ jugak haa. 

Isi borang sudah, interview pun sudah. Semoga rezeki aku ada pada salah satu company tersebut. Amin! Maka, sesi penjelajahan kawasan sekitar UTC pun bermula. Banyak jugak kiosk kerajaan yang ada dalam bangunan ni. Antaranya adalah LHDN, gym, SME Bank, Klinik 1 Malaysia, Klinik Pergigian 1 Malaysia dan  banyak lagi. Tak silap ada lebih kurang 54 kesemuanya. Jenuh nak senaraikan satu per satu. Korang turun Ipoh dan lihat sendiri ye. 

 
 

Yeah, 1 Malaysia! Semangat kakak aku 2 orang ni. Ok lah kengkawan, itu saja. bye!

0 org mengomel :):