Reunion Raya bersama ex-classmate

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi. Syukur sangat-sangat Ya Allah. Akhirnya kami semua dapat berkumpul bersama-sama semula walaupun berapa ketul je yang dapat datang open house kat rumah Ain Sapawi. Sebenarnya, dah 11 tahun kitorang tak jumpa face-to-face macam ni sejak masing-masing bawak haluan sendiri ke sekolah menengah yang berasingan. Walaupun rumah dekat-dekat tapi seriusly memang susah nak jumpa. Maklumlah, semuanya dah ada bekerjaya.

dari kiri : Syahidah, Ain, Seha, Marlina, Shuhada & Qhalesya.
Duduk depan : Syed
Hamek kau! Bila sume bergabung macam-macam ceritalah yang keluar. Wohoiii, best giler. Mengutuk, mengata, kenang waktu-waktu jahat masa dekat sekolah semua ada lah. Ko cakap je apa yang tak ada. Nak-nak lagi si tukang ceritanya adalah si tettt. haha.. Jangan ditanya siapa "tett" tu sebab semuanya kaki pedajal orang. Hahaha. Al-maklumlah, zaman jahiliah la katakan. 

Tengok gambar kat atas ni kan. Agak-agak semua dah berstatus ke belum ye? Mostly! Hahaha. Ada yang dah kahwin, tunang, dirisik, couple, single dan sebagainya. #eh, status apa lagi lepas single ye? Ok, abaikan. Sebenarnya aku geramkan anak si Shuhada ni. Muka sebijik macam dia. Dengan telinga capangnya. Grrrr. Ingatkan budak kecik ni tak reti cakap. Masa duduk bersembang sambil makan-makan mee rebus buatan si Ain tuan rumah, aku cakaplah "capangnya telinga anak ko, Ada". Sekali budak Qhalesya ni ikut sebijik-sebijik apa yang aku cakap tadi. Hamek kau, terkedu kejap. Hahaha. Kata kawan aku ni, anak dia memang suka ikut apa yang orang cakap. Comel!  

Ok, mari tengok aktiviti kitorang sepanjang reunion raya semalam. Kita mulakan dengan beraya kat rumah Ain anak pakcik Sapawi ni. 

ex pengawas sek dan pengawas pss
Menu utama adalah mee rebus. Yeahh! Sedap weh. Tanpa segan silu diri ini menambah sebanyak 2 kali. Kehkeh. Maaflah ye tuan rumah, diri ini kelaparan sebenarnya. Tu yang aku bantai sampai 2 pinggan. Ala, rumah kau rumah aku jugak kan. :p Makan, sembang, mengutuk. Aktiviti biasalah kalau dah jumpa ni. Macam-macam cerita keluar dari mulut anak-anak chepor ni. Tak boleh blah mengutuk kawan kelas tu. Kata mereka "dah sombong sangat!". Kemain korang ye. 

2 1/2 jam dekat meja makan tu je. Memula tu malas la nak keluarkan kamera sebabnya malas nak snap-snap lagi. Tapi bila pikir apa guna bawak camera tapi tak guna kan? Nak pulak tengok si Syahidah snap macam-macam gambar. Lagilah berkobar-kobar teman nak snap. Hehe. Nak dijadikan cerita duduk sebelah Seha memang tak kering gusi. Mana taknya, budak ni makin lama makin banyak cakap dan makin lawak aku tengok. Tau lah dah lama x jumpa aku kan. Semput aku weh bila dengan ko ni. Nasiblah tak selalu jumpa, kalau tak maunya aku ke hospital. :p

Selesai je makan kitorang snap-snap lagi. Kali ni dengan macam-macam aksi dan position. Kiri, kanan, depan, belakang, duduk, berdiri. Semualah. Penat oit tangkap gambar dengan kome ni. 

Laila + Marlina = BFF 
Lepas tu! Lepas tu paksa si Syed amik air kickapoo kat rumah dia. Kemain banyak stok la budak ni bawak balik. Tau lah dapat air kickapoo tu free. Tak kira, bagi kitorang seorang 2 botol. Hahaha. Dengan rela hati budak tu gigihlah amik air kickapoo kat rumah dia. Nasiblah rumah dia dengan Ain sekangkang kera je. Eleh, dekat-dekat pun moto jugak dinaiknya. Mengada tahu! 

Next plan adalah main bowling. Yahooo! Pebret game aku tu. Lama tak exercise tangan haa. Eksaited giler baq ang. Kami berlima je main kecuali Shuhada sebab nak jaga anak dia. Bukan tak ajak main tapi katanya taknak. So, jangan dipaksa kalau orang taknak. Tak apa Ada, kami paham. Peace yoo. :) 

 
 
 

Btw, aku menang bowling semalam. Sukanya saya! Walaupun lagi 4 markah aje nak sampai 100 tapi ok lah kan. Janji 1st ranking. Kehkeh.


Lepas habis main bowling terus beraya kat rumah Seha pulak. Eh sebelum tu hantar Ada dan Qhalesya balik rumah sebab budak kecik kat atas ni nak tido. Kesian pulak aku tengok masa dekat bowling. Merah-merah dah mata dia tahan mengantuk. Lepas hantar diorang, kitorang terus pergi rumah Seha sebab aku sorang je tak raya lagi. Macam tak best la pulakkan tak raya rumah kengkawan. Ok, jumpa mak si Seha ni lagi lah banyak cerita. Siap gurau senda bagai. Mak ko mak aku jugak kan Seha. Hee. 

Lepas beraya terus hantar Syahidah balik rumah. Ke medan gopenglah kami malam tu. Masa dalam perjalanan nak ke rumah si Syahidah ni, Marlina cerita macam-macam pasal experience dia jadi budak praktikal. Bakal nurse tu. Baru aje habis study. Dapat tahu tempat posting dia dalam Perak je. Haaa, bagus-bagus. Senang nak jumpa. Dari cerita yang dia bagitahu tu ada part yang buatkan bulu roma aku naik dan seriusly seriau giler. Dengar dia cerita pasal orang bersalinlah, wad lelaki la, pernah handle gangster la, Haizzz. Seriau weh! Tapi katanya "kitorang semua dah jadi kering hati dengan semua tu". Terlupa nak tanya samada dia pernah handle kes kat bilik mayat atau tak. Nak jugak tahu pengalaman dia kan. Tak mengapa, yang tu dalam next story. Insyaallah. Marlina, get ready dengan story tersebut.

Erm baiklah, rasanya itu aje lah kot buat masa ni. Sekian sahaja ceritera reunion raya dari saya bersama rakan sekolah rendah. Insyaallah, kalau tak ada apa-apa hal hujung tahun ni bakal ada reunion besar antara kami. Tempatnya belum decide lagi. Next year buat reunion untuk si Amir budak Jepun. Habis study dah ko. Make sure souvenior untuk kami semua ye! 

Bye!

3 org mengomel :):

Didiey Fadhilah. said... Reply To This Comment

bestnya. Bila nak jumpa aku? isk isk

Azwa said... Reply To This Comment

@Didiey Fadhilah. huhu.. bla free weh. ak pun xleh nk bagi tarikh kat ko ni. huuu

Azwa said... Reply To This Comment

@Didiey Fadhilah. huhu.. bla free weh. ak pun xleh nk bagi tarikh kat ko ni. huuu