GMI convocation

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya usaha adik aku selama 3 tahun  dekat GMI membuahkan hasil. Tahniah Apik. Lepas ni sambung degree pulak ok.. Sekali lagi turun Bangi. Perasaan nak tengok adik aku konvo kuat dari pergi kenduri sepupu. Haha! Jahatnya aku. Tak apa, bak kata orang utamakan keluarga. Ye dak?

Ok, lepas kerja hari jumaat terus ke KL tunggu ayah dekat Petaling Street. Ayah tunggu dekat sana dan awal-awal lagi pesan minta tunggu dekat main gate sebab sememangnya tak berani nak masuk dalam tu sengsorang. Bahaya woo. Kalau masjid jamek tu no problem sebab dah biasa jenjalan sengsorang.

Balik ke cerita asal sampai Bangi terus check in yang aku dah reserve awal bulan ritu. Actually, aku reserve 2 hotel. Kiranya bakckup punya pasal kalau hotel yang lagi 1 tu tetiba ada orang amik ke apa kan. Nak dijadikan cerita hari Khamis tu aku dah confirmkan dengan hotel yang kitorang menginap tu tapi malangnya aku bebetul terlupa nak cancel booking. Pihak hotel berkenaan call dan ayat yang dia bagi "lain kali bagitahu awal-awal ye" *aku syak diorang bengkek kot*. Haha! Sorry, sebab memang terlupa sangat-sangat. 

Hotel yang aku reserve tu dekat Jalan Reko. Kenapa pilih situ? Senang je jawapannya. Dekat dengan GMI dan ada uptown kat area situ. Kehkeh! Lagipun dah biasa dengan kawasan tu. Al-maklumlah, dekat dengan area rumah sewa masa belajar dulu. *dulu sangat*. 

Keesokannya awal-awal pagi dah bertolak ke GMI sebabnya diorang buat sesi pagi aje. Kata adik aku tak ramai student yang grad masa tu. No prob lah, awal pagi lagi better sebenarnya sebab tak berapa nak panas sementara menunggu majlis convo tu selesai. Duduk berdua aje dengan Anis dekat luar dewan. Bosan tu jangan katalah. Apa yang best adalah kitorang berdua bergilir-gilir tidur. Kahkah! Ngantuk oit! Elok pulak haritu kepala weng sebab tak cukup tidur dan rasa penat yang aku tak tahu apa puncanya. Tepat jam 1 tengahari, majlis konvokesyen tu selesai. Yahoo! 

  
tetiba badan jadi tuff! 
 

Selesai semuanya singgah makan sate kajang dekat ramal junction. Tapi bagi pilihan aku sate willy lagi sedap. Selesai makan terus bergegas balik ke Ipoh sebabnya kami tak pergi majlis kahwin along, anak mak teh. Jadi, sampai je Ipoh terus pergi rumah makcik sebab diorang buat makan-makan dan sesi buka hadiah. 

Itu saje. Bye! 

2 org mengomel :):

Janna naim said... Reply To This Comment

tahniah adik lela.. haha. :)

Azwa said... Reply To This Comment

tq jana. heee