Walimatulurus : Majlis Bertandang

Assalamualaikum..

Mari sambung celoteh. Ye, sesungguhnya aku tengah free dan tak tahu nak buat apa sekarang ni. Lagi-lagi mood tengah ada ni. Mari kita coret sesuatu dekat dalam blog ni. Cekidout! Kalau sebelum ni aku post berkenaan resepsi sebelah keluarga kami, sekarang ni nak cerita pulak resepsi sebelah lelaki aka kat rumah abang ipar aku.

Tema diorang kali ni adalah warna coklat krim. Coklat krim? warna macam mana tu? Pada mulanya memang tak dapat nak tangkap warna tu macam mana tapi bila tengok warnanya macam mana barulah otak kata "lorh, warna ni ke? Ingatkan warna macam mana tadi".

Untuk kedua kalinya aku menjadi pengapit kepada kakak dan abang ipar aku ni. Aumm sangat uolls. Pada mulanya macam malas tapi atas sebab-sebab tertentu tetiba jadi semangat kan. Membara baq ang. Kahkah! Ok, kami semua dari rumah tepat pukul 12. Pukul 11 semuanya dah get ready dan berkumpul dekat rumah kitorang. Konvoi reramai ke sana. Rumah abang ipar aku ni bukannya jauh mana. Tak sampai sejam dah sampai. Exactly time tu tak taw nak cakap berapa lama. Hee.

 

Semuanya 11 buah kereta. Banyak kan? Banyak noks. Sebenarnya kan, ada beberapa kejadian yang berlaku masa dalam perjalanan nak ke sana. Salah satunya adalah boleh pulak kitorang tertinggal payung dan kipas pengantin, Bhahaha! Kakak aku dah hangin sebab aku tak ingat pasal benda penting tu. Sebab tu lah dalam gambar kat atas ni payung warna-warni. Cantiknya! Hehehe.

Kali kedua jadi pengapit ni rasanya tak la segementar masa jadi pengapit Minah bulan 6 yang lepas. Aku rasa kemungkinan besar dan faktor utama adalah diorang semua ni dalam kalangan famili aku je. Ngee.. *Sebenarnya ada faktor lain. #eh!*


Ok, selesai tepung tawar renjis main baling-baling bagai dan tak lupa juga tangkap gambar masa untuk kami makan. Yeahh! Masa yang ditunggu-tunggu. Lepas makan, makan, makan dan makan tu kami bergambar sebentar dan pulang. Bye ayong. Selamat menjadi menantu kepada mama abang g'an. 

Ucapan orang tuk ayong "jadilah seorang isteri yang sentiasa menerima segala baik buruk dan kekurangan yang ada pada suami ko. Isikan setiap kekurangan dia dengan kelebihan yang ko ada tu. Begitu juga dengan abang g'an. Korang saling melengkapi antara satu sama lain. Jangan biarkan perkara yang remeh itu menjadi besar. Sesungguhnya yang kecil itulah racun."

Selamat pengantin baru ayong dan abang g'an. 

0 org mengomel :):