Inilah yang dikatakan rezeki

Assalamualaikum. Hari ini dah 30 Disember 2013. Lagi sehari je sebelum tirai 2013 menutup tirainya. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk terus menghirup udara dan menatap wajah-wajah kesayangan di dunia ini. 

Hai korang, apa macam cuti 2 hari ni? Seronok cuti? Haruslahkan. Masa untuk merehatkan badan dan minda lepas 5 hari bekerja. Ye dak? Ok, pagi ni buka Harian Metro online. Mata terpempan pada 1 tajuk ni "Takut dapat RM1 juta". Gambar pulak seorang nenek yang sedang menangis. Dalam erti kata lain tampak sedih. Klik pada link kat ayat tu. 

Oh, rupanya nenek Rokeah Mohd Sidek yang berusia 77 tahun ni telah memenangi ‘durian runtuh’ sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN), kelmarin. Tuah menyebelahi nenek Rokeah ni bila beliau hampir-hampir nak keluarkan semua wang simpanan SSPnya setelah 23 tahun melabur dengan BSN akibat pelaburan yang beliau buat tu tak nampak hasil.

Foto 

Sepatutnya minggu ini saya mengeluarkan wang simpanan itu kerana memikirkan tidak mahu lagi menyimpan dengan BSN, sebelum anak lelaki meminta supaya membiarkan saja."

Tidak sangka belum sempat saya mengeluarkan wang itu, semalam (kelmarin) saya diumumkan memenangi wang RM1 juta,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam."

Untuk pengetahuan korang semua, nenek Rokeah ni mula menyimpan sebanyak RM300-400 sebulan hasil duit pencen arwah suaminya..

So, apa pendapat korang? Bak kata pepatah melayu "tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tak siapa pun yang akan tahu".

2 org mengomel :):

Rahim WG said... Reply To This Comment

jom pow nenek tu

Azwa said... Reply To This Comment

@Rahim WG abg aim, jomm. hahaha.. blh masuk dalam tabung bp. kehkeh