Kucing Jalanan

Assalamualaikum.

Salam Jumaat semua. Antara kucing jalanan yang aku sayang. Si Belang, Kelabu dan Oren. Nama simple saja ikut warna bulu diorang. Hari-hari aku akan tunggu diorang datang tak kira sama ada pagi sebelum pergi kerja atau petang selepas balik kerja. 

Frieskis memang sudah sedia ada dalam seat motor. Diorang datang je terus bagi. Sabtu lepas masa tengah bagi si Kelabu makan datang seorang auntie cina ni. Rupanya dia pun nak bagi makan dekat kucing-kucing yang ada dekat bawah flat kitorang. Masing-masing sembang pasal kucing-kucing yang ada dekat blok kitorang ni.

belang
Si Belang.. Sebenarnya aku baru aje feed dia dalam seminggu. Benda pertama yang aku terpandang dekat kucing ni adalah kurap. Ya Allah! kesiannya dia. Mesti gatal sangat-sangat. Semalam waktu balik dari kerja aku terpandang seekor kucing di bawah salah sebuah kereta. Meow! Aku panggil kucing tu. Rupa-rupanya si Belang. 

Apa yang aku perasan setiap kaliaku panggil dan bagi dia makan, Belang tak berapa nak makan sangat. So, pergi kedai runcit beli susu. Alhamdulillah dia minum. Dahaga sangat-sangat aku tengok. Tak bestnya semalam bagi lagi susu tapi dia taknak. Makan pun macam tersekat-sekat. Dalam hati dah tertanya kurap dia dah merebak ke dalam badan ke? Huhu. Masa usap badan dia memang terasa kerak-kerak keras. Ya Allah, sembuhkanlah kucing ni. Tak sanggup nak lihat dia menderita lagi.

kelabu 
Ini pula Kelabu. Kepala dia seakan-akan terteleng. Menurut auntie tersebut katanya sebelum ni kepala Kelabu ok. Kepala dia jadi teleng sejak 4 bulan yang lepas. Aku tak sure kenapa. Animal abuse lagi ke? :'( Kakinya pula terhinjut-hinjut masa berjalan. Allahurabbi. 

oren (RIP)
RIP Oren. Si kucing yang paling awal aku jumpa. Sentiasa tercari-cari si Oren ni. Kalau sehari tak jumpa macam tak lengkap hari tu. Tak tahu kenapa. Rindu kucing dekat rumah kot. :P Kejadian Rabu lepas masih lagi terngiang-ngiang dekat kepala aku. Dia datang tanpa aku undang, dia pergi tanpa aku duga. Tiada sebanrang pun pada si Oren. Tak silap masa pertama kali jumpa dan lihat dia mati, si Oren ni tengah bunting. Allahurabbi. Semoga si pelaku terima balasan, insaf dan tak buat pada kucing-kucing yang lain.

2 org mengomel :):

YattAkasah said... Reply To This Comment

sape yag buat tu.. kejamnye.. yatt kalau dapat.. eee tahu lah

Azwa said... Reply To This Comment

@Cik Yatt tak sure sape. takpe lah.. hopefully dia x buat mcm tu dkt kucing yg lain