Blogger Perak - Mini Gath New Year 2013

Assalamualaikum.

lokasi : Aeon, Kinta City & Padang Polo
tarikh : 1 Jan 2013
masa : tak tentu masa. :P

Untuk pertama kalinya dapat join mini gath new year Blogger Perak. Yeay! Seronok tak terkata rasanya. Selalunya tengok je mereka-mereka ni bergath new year bagai. Snap gambar sana sini. Auch! Tapi tidak kali ini. #cewah

Eleh, poyo je kau azwa oit. Macam x pernah gath dengan diorang ni kan. Pernah! Tapi new year gath memang tak pernah. Sekali lagi, tak pernah. Sudah! jangan emosi bagai. Haa, kat bawah ni ada sedikit gambar kenangan kau dan aku kami bersama. Sumbangan ikhlas daripada Pakcu Sofi. Apa blog pakcu eh? Mai nak  skodeng blog kesayangan beliau itu. Btw, adik Muna sila jangan jeles ye. Kakak dan abang semua gembira bila berjumpa. Hikhik. >.<

Baiklah, perjumpaan kami dimulakan di meja makan foodcourt JJ. Sampai saja dekat sana, kelihatan mereka sedang menikmati lunch. Sempat mengepaw mee sizzling Kak Ruzz dan air Nisa. Sharing is caringkan. Kata we're famili. Sesi membuncitkan diri pun dah. Terus buat aktiviti mengempiskan semula perut dengan bowling. Yehaaa. I like this indoor games sebabnya kalau kita tengah stress memang akan anggap pin bowl tu masalah kita. Baling bola kekuat *kuat la sangat*. Kalau dapat strike memang pergh laa. Ok, merepek sudah. Keep on the track, please!

dari kiri : yana admiral, azwa, kakruzz
yana & kakruzz.
dengan abg padil cetcet
Lepas bowling, karaoke pulak! BPians memang gila karok la weh! Asal jumpa je karok. Asal karok je mesti muka-muka bebudak BP ni yang akan menghiasi bilik Prinz tu. Mesti abang-abang Prinz kenal muka retis kami semua ni kan. Pelanggan tetap woo! *ye la kot*

 

Penjelajahan kami diteruskan ke padang polo untuk bermain polo makan laksa dan cendol.     Bermacam benda yang kitorang bincangkan termasuklah gath new year yang akan datang pertengahan bulan Januari ni. Doakan semoga diri ini dapat join gath tersebut. Insyaallah. :P. Setiap perpisahan pasti akan meninggalkan memori daun pisangnya yang tersendiri. Nah, dengan itu kami snap gambar sebelum pulang ke pangkuan orang yang tersayang. Ayat! Bhahaha.

dari kiri : pakcu (KBU), amirul, abgreez, nisa, azwam kakruzz, ain & yana
the power of gegurl!
boboiboy!
Sekian sahaja untuk hari ini. Saya melaporkan dari dalam bilik warna pink. Peace yooo!

Happy 2013!

Assalamualaikum..


Entry pertama di bulan pertama tahun 2013. Btw, Welcome 2013 & happy new year semua. Semoga apa yang kita inginkan pada tahun lepas telah tercapai. Dan kebanyakan wishlist yang dibuat untuk 2012 telah tercapai dengan jayanya. Alhamdulillah!

Malam tadi untuk pertama kalinya kami sambut ambang 2013 dekat Mydin Meru. Selalunya sambut dengan family dekat Dataran Ipoh. Tapi tahun ni kita buat kelainan sikit. Sambut dekat-dekat aje. Mydin dengan rumahku hanya 10 minit je. Nampak tak betapa dekatnya kami. Sebab itulah Mydin sentiasa dihati. #eh. 

Sampai saja dekat Mydin terus terkeluar "mak aih, biar betul. ramainya manusia". Siap ada stage & artis lagi. Antara artis-artis yang hadir adalah Azza Elite, suami Watie Elite, Siti Saida, Ery Putra, dan ramai lagi. *ada yang x ingat namanya*. Btw, suka tengok sorang artis lelaki ni. Sekali malam tadi dia ada. Homai! *duckface*.

Oh, ada persembahan rupanya masa tu. Siap buat pertandingan karaoke lagi. 30 min sebelum ambang tu diorang umumkan pemenang pertandingan karaoke. Not bad suara mamat tu. Nyanyi lagu rock baq ang. Lepas ni boleh sign kontrak dengan produser terkenal ye. 

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kira sama-sama. Ok, senyap sekejap. Pandang mak, ayong n anis. Dalam kepala nak ajak diorang balik dah sebab ingatkan xda bunga api tu. KEBABOM! hahaa. Itu dia.. Menjelma sudah! 


Once again, HAPPY 2013 everybody!



Majlis Konvokesyen Ke-15 UNITEN

Assalamualaikum..

3 November 2012, itulah tarikh yang aku nantikan setelah 4 tahun bergelar pelajar Universiti Tenaga Nasional, kampus Putrajaya. Rasanya semua bebudak batch aku nantikan saat gilang-gemilang ni. Tarikh dimana kami semua diiktiraf sebagai graduan Uniten. Dengan adanya majlis konvokesyen ini bermakna aku telah menamatkan 4 tahun pengajianku di universiti ni dalam Bachelor of Information Technology (Information System) (Hons).


Bermula sebagai pelajar foundation untuk kursus Information Technology selama setahun pada tahun 2008 dan setahun selepas tu berjaya ke peringkat degree pula. Ambil IT jugak tapi major Information System (2009-2012). Selama 4 tahun ni jugalah bermacam-macam dugaan yang aku hadapi. Dugaan kecik besar semua ada. Senang cerita pahit manis masam masin memang secukup rasa. Ohsem! Dugaan terbesar berlaku pada taun 2011. Ok, tak nak cerita. Benda yang dah lepas tak usah dikenang kembali. :) 

Macam-macam ragam manusia aku jumpa kat sini. Dan bermula dari zaman foundation inilah aku menjadi penduduk tetap bangi dan kajang. Berulang-alik dari ipoh ke KL tu dah menjadi aktiviti tetap sebabnya boleh dikatakan setiap 2 minggu sekali akan balik ke rumah. Adakalanya seminggu sekali. Nampak tak pembaziran telah berlaku di sini. Ok, tak kisah janji diri ini happy. :P


Aha, sebelum tu nak ucapkan terima kasih dekat Adib sebab sudi jadi photographer pada hari tu. Thanks a lot! Tak lupa jugak buat familiku, izan, syena, lina, syaza, n kengkawan yang lain. Thanks sebab sudi datang meraikan hari bahagia ni. :P Korang, kat bawah ni ada la sedikit gambar untuk dikongsi bersama. 

 
bersama Imp
Bersama ex-scandal. Haha. Syena dengar mampus aku kena marah. Harap maaf kakak. Gurauan semata-mata. Bukan la, Imp ni  antara sahabat lelaki yang rapat dengan aku sejak foundation lagi. :P Jangan salah sangka ok!


Syaza! Ex-roomate kat Apartment Ilmu. Sahabat terbaik yang aku pernah ada selain Sri dan Lina. Dah lama sangat tak jumpa dengan dia ni sebabnya kami berlainan course. Thanks Syaza sebab sudi meluangkan masa walaupun sekejap dapat jumpa kau. Rindu kamu!

Selesai sudah sesi bergambar bersama rakan dekat Dewan Seri Sarjana (DSS). Jom beralih ke sesi fotografi di Putrajaya. Area? Terlupa. adess. This is what I get from AdiredStudios. Nice! Thanks Adib.

 
     

Nampak tak kasih sayang dan kegembiraan yang terpamer di wajah kami bertiga? Aha, mereka ni lah teman dan sahabat seperjuanganku. Persahabatan kami semakin akrab dari semasa ke semasa. Apa pun rintangan yang mendatang pasti akan harungi bersama. #cewah. Ayat memang tak nak kalah punya. Hahaha.


Yang ni pulak sesi bersama my twin, Kakak Izan!. Twin? Mesti korang pelikkan kenapa tetiba dan macam mana boleh jadi twin. Nak tau? Tanya sama pokok. Kuikui. Macam pelik aje panggil Izan ni "kakak".

Akhir sekali, ucapan ni khas my beloved parents. Mum dad, this is for you! Thanks for everything that you have done for me. Support anakmu ini tak kira apa jua benda sekali pun. Thanks.. thanks & thanks! Love you!

p/s : Cerita ni walaupun dah sebulan lebih tapi tetap nak share jugak! hakhak. Happy 2013 semua! Semoga apa yang kita inginkan sepanjang tahun 2012 ni telah tercapai. Apa yang penting salah satu hasrat aku untuk ke menara gading dan seterusnya ke pentas konvokesyen pada tahun ini telah tercapai. Alhamdulillah!