IBM Examination

Salam jumaat semua. Sudah bangunkah anda semua di pagi hari ini. Bangun! bangun! Mulakan pagi jumaat ini dengan sebuah senyuman yang indah dan ikhlas agar hari-hari anda terus diberkati oleh-Nya.


Kecuakan berlaku di pagi hari ni. Sebab apa adik oit hang cuak-cuak gini? Hari ni ada exam database 2 (db2) yang akan aku ambil bersama coursemate. Cuak ye. Tak ada perasaan pun ada. Entah la. Hati aku kosong. Kosong. Kosong  macam lirik lagu Najwa Latif tu. 

Apa-apa pun gudluck to my other coursemate minah, imp,amni dan kinah. Make IBM proud wif us! 

Ceritera Syafiq the Gegurl


Assalamualaikum. Mulakan hari anda dengan senyuman yang indah. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Ok, nak cerita pasal sorang budak ni. Mukanya ala-ala gegurl sedikit. Kemungkinan disebabkan gene beliau yang duduk dalam kalangan adik-beradik perempuan. Eh, paham tak maksud ayat tu. Ok, Senang cerita adik-beradiknya semua perempuan. Haa. 

Namanya Muhammad Nor Syafiq. See, ada nor kat tengah. Gegurl lettew. Seorang budak yang ceria. Mulutnya Ya Allah. Berceloteh giler. Macam mak nenek tahu! Budak ni baru berumur 3 tahun tapi mak aih. Bercakap mengalahkan budak 5 tahun. Kekadang budak 5 6 tahun pun tak se"clear" dia ni bila bercakap. Lancar tanpa bahasa pelat. I is kagum.


Kamcing sangat dengan ayah aku. Oit, toksah dok rapat-rapat sangat dengan aku oit. Haha. *tu pun nak jeles*. Tak da makna nak berjeles-jelesan dengan budak kecik okeh. Ayah aku pun asyik dok sebut aje dak kecik sorang ni. Ish ish ish. Sayang sangat ha. Katanya geng dia. 

Nak dijadikan cerita, setiap kali datang rumah kitorang mesti dia akan tanya pasal skooter, bola, dan yang paling penting. "ayah yop, nak mercun". Nampak tak permainan beliau disitu? Lepas tanya berdesup hilang pergi cari mercun dalam bilik adik aku. Tahu aje pun kat mana adik aku simpan mercun tu haa. Heh. budak ni!


Cuba bayangkan masa nak makan pun nak duduk sebelah ayah. Pe cer. Rapat tak rapat diorang nih. haish. Ayat yang dia bagi kat pakcik, "apik nak duduk kat sebelah ayah yop". Sekali pakcik balas "macam ko sorang je ada ayah yop". Bhahaha. Btw, semoga kau cepat membesar dengan jayanya ye, Syafiq. Sekian sahaja untuk entry pagi ini. Bubbye..

Majlis Konvokesyen Ke 7 Unisel


Majlis istiadat konvokesyen ke 7 Universiti Industri Selangor (UNISEL) telah berlangsung pada hari sabtu dan ahad lepas. Eh, macam mana pulak aku boleh berada kat sini? Aha, of course datang sini sebab nak memeriahkan lagi kejayaan satu-satunya kakak aku yang gedik ni. Last datang ke sini 2 tahun lepas masa dia konvo untuk diploma.

Sesungguhnya dan sebenarnya aku yang terlebih suka dan terlebih eksaited daripada kakak aku ni. Serius! Ntah, maybe sebab tarikh konvo aku dah nak dekat kot. Tu yang terlebih eksaited. First time oit.  Ok, dah melalut ke mana. Btw, congratez sis on ur convocation day. We're proud of you! 2 kali dah ko banggakan mak ayah. *lap airmata*. Lepas ni turn orang pulak. Wee. Sungguh tak sabar rasanya.

Robe convo yang bertemakan warna merah mak ngah sungguh mengancam pada hari tu. Disematkan lagi dengan mortar board berwarna biru. Sangatt nice tahu! Ditambah pulak dengan kehadiran hujan yang renyai-renyai menyambut hari kegembiraan mereka. Sangat sejuk. Tapi tak menggigil la. 

sempat lagi peace sebelum masuk ke dalam dewan.
Aha, aku kira masa hari konvo tu kami 2 beradik bernasib baik sebab dapat masuk ke dalam dewan canselori tu. Teruja beb nak tengok macam mana perjalanan majlis tu. Masuk aje dalam dewan tuh, satu perasaan yang lain menyelinap dalam tubuh aku. Ye, nanti aku akan berada dekat atas pentas tu jugak. Bezanya lain dewan lain canselor, lain tema dan segalanya lain la. :p

keadaan dalam dewan canselor UNISEL
Majlis ni berlangsung sehingga pukul 1 tengahari. Baru teringat tak beli lagi bunga. Bergegas keluar semata-mata nak cari bunga dan kami terjumpa bunga yang aku kira sangat nice. Siap ada bear chipmunk lagi siak!



aku geram dengan chipmunk tuh!

bapak besar chipmunk kawan ayong ni. 
 Sesi bergambar bersama rakan-rakan beliau.


 

Tengok la kami terjumpa siapa. 





comelnya budak baju pink tu. ahaks
sebahagian ahli keluarga kami
dan yang paling penting budak kat bawah ni :


Tahniah Laila Azwa! 

notakaki : gambar ni berjaya buat kawan-kawan aku ucapkan "congratez!". haha. Turn aku insyaallah awal bulan november ni,sayangku semua. Doakan untuk aku pulak ye. Peace no war!