Ceritera Syafiq the Gegurl


Assalamualaikum. Mulakan hari anda dengan senyuman yang indah. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Ok, nak cerita pasal sorang budak ni. Mukanya ala-ala gegurl sedikit. Kemungkinan disebabkan gene beliau yang duduk dalam kalangan adik-beradik perempuan. Eh, paham tak maksud ayat tu. Ok, Senang cerita adik-beradiknya semua perempuan. Haa. 

Namanya Muhammad Nor Syafiq. See, ada nor kat tengah. Gegurl lettew. Seorang budak yang ceria. Mulutnya Ya Allah. Berceloteh giler. Macam mak nenek tahu! Budak ni baru berumur 3 tahun tapi mak aih. Bercakap mengalahkan budak 5 tahun. Kekadang budak 5 6 tahun pun tak se"clear" dia ni bila bercakap. Lancar tanpa bahasa pelat. I is kagum.


Kamcing sangat dengan ayah aku. Oit, toksah dok rapat-rapat sangat dengan aku oit. Haha. *tu pun nak jeles*. Tak da makna nak berjeles-jelesan dengan budak kecik okeh. Ayah aku pun asyik dok sebut aje dak kecik sorang ni. Ish ish ish. Sayang sangat ha. Katanya geng dia. 

Nak dijadikan cerita, setiap kali datang rumah kitorang mesti dia akan tanya pasal skooter, bola, dan yang paling penting. "ayah yop, nak mercun". Nampak tak permainan beliau disitu? Lepas tanya berdesup hilang pergi cari mercun dalam bilik adik aku. Tahu aje pun kat mana adik aku simpan mercun tu haa. Heh. budak ni!


Cuba bayangkan masa nak makan pun nak duduk sebelah ayah. Pe cer. Rapat tak rapat diorang nih. haish. Ayat yang dia bagi kat pakcik, "apik nak duduk kat sebelah ayah yop". Sekali pakcik balas "macam ko sorang je ada ayah yop". Bhahaha. Btw, semoga kau cepat membesar dengan jayanya ye, Syafiq. Sekian sahaja untuk entry pagi ini. Bubbye..

1 org mengomel :):

Unknown said... Reply To This Comment

alahai comel betul :D si cilik syafiq ni boleh la geng dengan cousin fiza. sama banyak bebel nya. pot pet. banyak bertanya. banyak bercakap. kalau dia tido baru la lega. hehehe.

semoga cepat membesar and menjadi seorang anak yang soleh ;)