Akulah Juara!

Assalamualaikum...

Akhirnya pusat bowling dekat Mydin Mall Meru dah bukak! Dan aku antara orang "kenamaan" yang sangat teruja bila dengar berita tersebut. Dinamakan sebagai Ole-Ole Superbowl! Eh, ni company yang sama dekat pusat bowling Shah Alam. Btw, thanks to Ole-Ole Superbowl sebab sudi memeriahkan lagi mydin kat Meru ni ye. Yabedabedu!

3 games RM10. Murahkan! Sangat dan aku suka giler. Sebab aku ni kaki bowling. Ahaks. Lepas ni tanya je aku dekat mana. Kompem aku jawab "sila datang ke mydin". Sempena pembukaannya, pihak management OOS bagi peluang kepada rakyat jelata main 3 games = RM10. murahkan!Sangat murah. Tapi bila difikirkan balik sama aje sebenarnya dengan early bird games kat mana-mana superbowl. Apa yang membezakannya cuma untuk early bird games ni start dari pukul 10 am - 12 pm. Tapi yang dekat mydin ni 10am - 5pm. Teruja tak? Teruja tak? Ok, terlupa nak bagitau tadi. Prmosi ni berakhir 31 Oct ni. Eh, hari ni la kan. Ok, cecepatlah ke mydin meru raya.

Haish, panjangnya muqaddimah aku ni ha. Heh. Cerita sebenarnya nak story pasal aku pergi main bowling ni dengan retis-retis Blogger Perak. Plan last minute sebenarnya. Last-last menjadi jugak. hikhik! Thanks ye korang. Ok, takmau cerita panjang lebar. Jom usha aje gambar ni.

sila teka aku yang mana 1.
Yang ni pulak aksi-aksi semasa membuat lotaran peluru. Acewah!

 
 
 

Aksi-aksi pro striker.

 
 
 
Score board.


First game dimenangi oleh Pisyek. cis cis. Tarapappa. Ada lagi 2 games. Wait n see.



Second games aku menang! yeay. Saya suka. Saya suka. *sambil buat gaya MeiMei*


Yang atas ni pulak third games. Sekali lagi aku menang. Yahoo! Tak sempat nak snap score last sekali. Tapi score aku untuk games pada hari tu 330++. Cayalah!

notakaki : next time main lagi! 

2 org mengomel :):

Pisyek K said... Reply To This Comment

saje je bagi can... kang nanti kalau kalah nanges pulak... sape nak pujuk? :P

Azwa said... Reply To This Comment

@Pisyek Kumar cewah. cewah dia. haha. xda maknanya. memang aritu bernasib baik. weee.