Majlis Konvokesyen Ke 7 Unisel


Majlis istiadat konvokesyen ke 7 Universiti Industri Selangor (UNISEL) telah berlangsung pada hari sabtu dan ahad lepas. Eh, macam mana pulak aku boleh berada kat sini? Aha, of course datang sini sebab nak memeriahkan lagi kejayaan satu-satunya kakak aku yang gedik ni. Last datang ke sini 2 tahun lepas masa dia konvo untuk diploma.

Sesungguhnya dan sebenarnya aku yang terlebih suka dan terlebih eksaited daripada kakak aku ni. Serius! Ntah, maybe sebab tarikh konvo aku dah nak dekat kot. Tu yang terlebih eksaited. First time oit.  Ok, dah melalut ke mana. Btw, congratez sis on ur convocation day. We're proud of you! 2 kali dah ko banggakan mak ayah. *lap airmata*. Lepas ni turn orang pulak. Wee. Sungguh tak sabar rasanya.

Robe convo yang bertemakan warna merah mak ngah sungguh mengancam pada hari tu. Disematkan lagi dengan mortar board berwarna biru. Sangatt nice tahu! Ditambah pulak dengan kehadiran hujan yang renyai-renyai menyambut hari kegembiraan mereka. Sangat sejuk. Tapi tak menggigil la. 

sempat lagi peace sebelum masuk ke dalam dewan.
Aha, aku kira masa hari konvo tu kami 2 beradik bernasib baik sebab dapat masuk ke dalam dewan canselori tu. Teruja beb nak tengok macam mana perjalanan majlis tu. Masuk aje dalam dewan tuh, satu perasaan yang lain menyelinap dalam tubuh aku. Ye, nanti aku akan berada dekat atas pentas tu jugak. Bezanya lain dewan lain canselor, lain tema dan segalanya lain la. :p

keadaan dalam dewan canselor UNISEL
Majlis ni berlangsung sehingga pukul 1 tengahari. Baru teringat tak beli lagi bunga. Bergegas keluar semata-mata nak cari bunga dan kami terjumpa bunga yang aku kira sangat nice. Siap ada bear chipmunk lagi siak!



aku geram dengan chipmunk tuh!

bapak besar chipmunk kawan ayong ni. 
 Sesi bergambar bersama rakan-rakan beliau.


 

Tengok la kami terjumpa siapa. 





comelnya budak baju pink tu. ahaks
sebahagian ahli keluarga kami
dan yang paling penting budak kat bawah ni :


Tahniah Laila Azwa! 

notakaki : gambar ni berjaya buat kawan-kawan aku ucapkan "congratez!". haha. Turn aku insyaallah awal bulan november ni,sayangku semua. Doakan untuk aku pulak ye. Peace no war!

0 org mengomel :):