Travellog : Go Go Genting!


Assalamualaikum wbt.

Satu lagi entry yang sekian lama diperap menjadi pekasam tapi baru hari ni dapat publish dengan jayanya. Kekangan masa ke? Sibuk ke? tidak! tidak! Yang pasti kemalasan melanda diri ini. Malas sangat-sangat sebenarnya nak menaip kat entry ni dalam masa 2 bulan sebelum ni. Serius!

Kalau tajuk pun dah Go Go Genting! memang sahlah nak story pasal gentingkan. Tak kan la nak story pasal makan buah stoberi kat Cameron pulak. Sangat tak mengena dengan title. Argh, lagu kat blog Nad sangat mendayu-dayu. Agaknya sebab tu kot semangat nak type entry ni. Kemain laju haa. Favourite song beb! hikhok.

 

Perasaan teruja beb masa nak pergi sini. Ntah kenapa aku pun tak tau. Agaknya sebab first time pergi tempat macam ni dengan kengkawan. Selalunya pergi dengan family je. Homai, sangat teruja tahu! As usual dan orang dah tau pun dengan siapa aku berjimba kat genting ni. Eh ada yang tak tau lagi. Siapa lagi kalau bukan geng Blogger Perak. hikhik. Nampak tak semakin lama semakin sayang. #eh. Nanti ada yang pikir bukan-bukan pulak. Semakin hari semakin sayang as a friend la kengkawan. :p 

  

Rasanya tak perlu nak introduce sesiapa yang ada dalam gambar ni kot sebabnya mereka bertiga tolak budak bertudung biru tu memang famous amos dalam kalangan keluarga BP. hewhew.

 

Aktiviti sepanjang berada di sana? Mak aih. Banyak yang kami lakukan. Kalau dah menjejakkan kaki ke pusat peranginan terkemuka ni memang tak sahlah kalau tak mencuba dan bermain semua benda yang ada kat dalam ni. Outdoor indoor. Sebut aje nak main apa. Semuanya ada di sini. Betul ke main kesemuanya? Oh tidak! Kami main outdoor sahaja. Cop cop, nak ingat balik main apa kat sana. Erm erm, ahaa. Dah ingat. Dah ingat. Main corkscrew, astro fighters, boating, spaceshot, matahari, antique car, pirate train dan grandprix fun cart.

Antara games-games ni 1 je yang tak dapat main. Ce teka ce teka. Go cart weh, go cart. Sadis giler tak dapat main sebab tak cukup ketinggian. Hampeh! Oh ok, bukan aku saje yang bernasib malang tapi si Adib sekali. Nasibla weh. Kita kan comel. huahuahua. Games yang paling mencabar dan berjaya "meragut" nyawa aku sebentar adalah spaceshot. Tak cecah punggung bila mende alah ni turun. Allahuakhbar bak kata si pisyek ni. Hahaha.

 

Flying coaster kat belakang tu memang tak naik sebabnya aku yang takut sebenarnya. Hahaha. 

 

Terserlah keterujaan mereka di situ. Tahniah!


Menyelit sebentar di situ. Kbai!

notakaki : Yeay, berjaya update akhirnya even dah berlapuk. Siap ada sarang labah-labah lagi kat entry ni. Oh ya lagi satu korang. Qusya ajak ke Sipadan pulak. ok, kumpul duit. Tunggu aku dapat keje dulu k. Baru boleh enjoy puas-puas. Shopping!

6 org mengomel :):

adired89 said... Reply To This Comment

wahahahahhaa... akhirnye.. weh yg gokart tu wa bleh je sebenarnye..kah3. tak nk ngalah gak ngan lu kah3

xD

Azwa said... Reply To This Comment

@adired89 Ye ke boleh? tak bek tipu dib. ahhaa

Pisyek K said... Reply To This Comment

laju je adib komen. :P

Azwa said... Reply To This Comment

@Pisyek Kumar ahaks. beliau bersemangat. xD

Dhia Afiqah said... Reply To This Comment

Amboi,lagu blog kita naikkan semangat ya. Hewhewwwww~ Kihkihkih

Azwa said... Reply To This Comment

@Dhia Afiqah siap falling in lebleb lagi nad. heee