Penat

Assalamualaikum..


PENAT!

Ya, ini yang sedang aku alami sekarang ini. Penat untuk menjawab setiap pertanyaan dan persoalan yang sama dari orang yang berlainan. Allahurabbi..

Korang, boleh tak berhenti tanya soalan yang boleh tersebut? Boleh tak berhenti tanya soalan yang membuatkan diri ini tersentap? Soalan yang membuatkan diriku ini totally down? Boleh tak? Ada orang bertanya pasal salah satu aset terpenting. "ko tak jaga ke weh gigi ko tu?", "kenapa jadi macam tu?", "ko taknak betulkan ke?", "eee, kenapa gigi ko macam tu. eee", "peliknya aku tengok gigi ko ni", "weh, dahsyatnya gigi ko". 

Ok, ini jawapan aku untuk soalan-soalan tersebut. Tolong paham jawapan ini. Aku ditakdirkan dapat gigi yang macam ni. Bukannya tak nak betulkan. Aku nak tapi kosnya tu yang menyebabkan aku berfikir beribu kali. Kos rawatan bukanlah puluh ringgit, bukan ratus ringgit tapi ribuan ringgit. Ribuan ringgit kau tahu. Ribuan ringgit. Ye, aku tak nafikan dari kecil lagi keadaannya memang macam ni. Well, masa kecil manalah kita tau nak segankan. Kalau orang cakap pun kita fikir kejap then sambung balik main dengan kengkawan. Then lupa dengan pertanyaan tersebut.

Cuba kalau yang asyik bertanya tu di pihak aku, apa yang korang akan rasa? Mesti sama macam apa yang aku rasakan? Ya, aku kompem yang korang juga akan rasa apa yang aku rasakan sampai sekarang ni. Secara jujurnya aku sangat-sangat fobia nak berjumpa dengan kengkawan baru. Setiap kali jumpa dengan kenalan baru mesti ada yang akan tanya tersebut. Allahurabbi. Allah saja yang tahu perasaan aku masa tu. Setiap pertanyaan yang keluar tu akan disertakan sekali dengan mimik muka. Ada sekali tu, seorang hamba Allah yang baru aku kenal ni bertanya dan siap buat mimik muka yang menggelikan bila bersembang dengan aku. Allahurabbi, bercampur-baur giler perasaan masa tu.

Ya Allah, tabahkan hati aku. Aku tahu setiap orang ada kekurangannya yang tersendiri. Tiada yang lebih sempurna melainkan-Mu, Ya Allah. 

Pray for MH370


  

Tribute Song for MH370 - Amar & Magictawau Alif

Kesedihan kini melanda
Seluruh dunia menanti berita
Harapan selamat kami pinta
Sediakala seperti biasa

Segunung doa kami panjatkan
Berpolitik dini bukan tempatnya
Tiadak ada yang lebih berkuasa
Hanya Engkau penentu segala

Andainya kau di langit turunkanlah
Andainya kau di bumi temukanlah
Andai di alam lain singkapkanlah
Pada-Mu Allah kami berserah

MH370 muncullah ...


Allahuakhbar, dah masuk hari keenam Malaysia kehilangan pesawat MH370. 
Di manakah kedudukan sebenar MH370?
Pelbagai andaian dan spekulasi yang dibuat oleh semua orang.
Terhempas, dirampas oleh pengganas, termasuk ke dalam segi tiga bermuda dan sebagainya.
Allahurabbi.

Ya Allah,
Temukanlah kami dengan pesawat MH370 ini.
Permudahkanlah urusan pencarian tersebut.
Kuatkanlah hati ahli keluarga yang terlibat.
Tabahkanlah hati mereka.
Cekalkanlah jiwa mereka.

Duhai manusia segenap alam,
Marilah kita berdoa agar krew dan penumpang yang terlibat selamat dari segala musibah
Janganlah engkau tambahkan lagi andaian dan spekulasi yang semakin rancak ini.
Hentikanlah perkara yang tidak benar itu.
Fikirkan tentang perasaan ahli keluarga yang terlibat.

Duhai tok bomoh,
hentikanlah perbuatan tersebut
sesungguhnya perkara tersebut amat memalukan Malaysia.
Dunia melihat perbuatan tersebut
Tidakkah engkau berasa malu dan segan?

#letsprayforMH370


Travellog : Street Art, Ipoh

Assalamualaikum.

Ehem, buat pertama kalinya pergi ke Street Art. Street art dekat Penang ke? No! No! No! Street art ni dekat Ipoh. Wah! Makin maju Ipoh. Lepas satu, satu yang diorang wujudkan. Btw, masa pergi penang awal bulan 1 hari itu plan asalnya nak pergi ke street art sana dengan kesayangan tapi terpaksa tukar plan saat-saat akhir. 

Apa yang ada dekat street art ni. Kalau korang pernah pergi street art yang dekat Penang confirm korang boleh bayangkan apa yang ada dekat street art Ipoh. Lukisan? Yeah lukisan. Lebih kurang macam mural. Siapa yang minat seni sudah tentu paham maksud lukisan tersebut. Tapi kan korang, kalau dekat street art ni orang yang tak paham bahasa seni macam aku ni pun boleh paham dan olah maksud lukisan tersebut.

Sebenarnya, aku tak pernah tahu pun tentang kewujudan street art ni. Ini suratan atau kebetulan aku pun tak tahu nak bagitahu macam mana. Kalau ikutkan hari selasa minggu lepas search street art dekat Google. Tiba-tiba keluar yang dekat Ipoh punya. Baca dan terus baca. Woah, macam menarik dan terdetik dalam hati nak pergi bila balik Ipoh. Masa keluar dengan kesayangan tiba-tiba beliau ajak pergi street art ni. Teruja habis beb! Tq awak. Hee. Gigih google dekat mana tempatnya. Cari punya cari akhirnya jumpa. Senang aje nak pergi tempat tu. Selalu sangat lalu ha. Ok, jom terjah apa yang ada kat sana.

 
 
 
 
 
 

 
 
 

Cantikkan? Setiap gambar ada maksudnya yang tersendiri. Kalau dilihat pada setiap lukisan ni korang sendiri dapat tengokkan tentang kebudayaan, persahabatan, permainan traditional, permainan zaman budak-budak dan sebagainya. Antara banyak-banyak lukisan yang ada dekat street art ni aku paling suka gambar kat bawah ni. 

 

Seriusly nampak cantik sangat. Tengok keadaan dinding yang macam berlumut tu menambahkan lagi kecantikan gambar ni. Pandai betul siapa yang punya lukisan ni. Kalau tak silap budak cina yang lukis. Thumbs up! 

So, warga Ipoh tunggu apa lagi. Manfaatkan apa yang ada dekat Ipoh ni. Oh ya, memandangkan tahun ni Tahun Melawat Malaysia rasanya bolehlah dijadikan salah satu tempat tarikan di Ipoh. Promote! Promote!