Pray for MH370


  

Tribute Song for MH370 - Amar & Magictawau Alif

Kesedihan kini melanda
Seluruh dunia menanti berita
Harapan selamat kami pinta
Sediakala seperti biasa

Segunung doa kami panjatkan
Berpolitik dini bukan tempatnya
Tiadak ada yang lebih berkuasa
Hanya Engkau penentu segala

Andainya kau di langit turunkanlah
Andainya kau di bumi temukanlah
Andai di alam lain singkapkanlah
Pada-Mu Allah kami berserah

MH370 muncullah ...


Allahuakhbar, dah masuk hari keenam Malaysia kehilangan pesawat MH370. 
Di manakah kedudukan sebenar MH370?
Pelbagai andaian dan spekulasi yang dibuat oleh semua orang.
Terhempas, dirampas oleh pengganas, termasuk ke dalam segi tiga bermuda dan sebagainya.
Allahurabbi.

Ya Allah,
Temukanlah kami dengan pesawat MH370 ini.
Permudahkanlah urusan pencarian tersebut.
Kuatkanlah hati ahli keluarga yang terlibat.
Tabahkanlah hati mereka.
Cekalkanlah jiwa mereka.

Duhai manusia segenap alam,
Marilah kita berdoa agar krew dan penumpang yang terlibat selamat dari segala musibah
Janganlah engkau tambahkan lagi andaian dan spekulasi yang semakin rancak ini.
Hentikanlah perkara yang tidak benar itu.
Fikirkan tentang perasaan ahli keluarga yang terlibat.

Duhai tok bomoh,
hentikanlah perbuatan tersebut
sesungguhnya perkara tersebut amat memalukan Malaysia.
Dunia melihat perbuatan tersebut
Tidakkah engkau berasa malu dan segan?

#letsprayforMH370


0 org mengomel :):