Penangan Geraham Bongsu

Penulisan hari Jumaat yang lepas :

Selalu asyik dengar aje kengkawan cerita pasal gigi bongsu. Kata mereka "sakit giler kau tahu. Rasa nak tumbuk orang aje masa tu". Ya, aku admit apa yang diorang katakan tu sangat betul. Tepat 200%. Di saat ini ku rasakan kesakitan yang maha dahsyat. Ya Allah, kurangkan kesakitan ini. Huaaa.

 

Rasa sakit ni ditambah lagi perasanya dengan sakit tekak, ulser dan bibir merekah. Haiya! Sabar ajelah. Pagi tadi kurang sikit sakitnya tapi sekarang Allah saje lah yang tahu. Cop! badan tetiba rasa semacam. Rasa tengkuk jap. Ahh sudah, panas. Kepala tetiba berdenyut. Jenuhla aku hari ni. Dah la harini nak balik Ipoh.

Sambung hari ni :

Ya Allah, maha dahsyat sakit bila geraham bongsu nak keluar. Orang yang pernah kena aje tahu macam mana dan betapa sakitnya mulut masa tu. Ok, sambung al-kisah minggu lepas. Sepanjang perjalanan menuju ke Ipoh sakit tu memang sakit. Tapi memandangkan mata dah mengantuk dapatlah lelapkan mata sampai dah masuk Perak. Elok saja bus cecahkan tayarnya dekat area Tapah (kalau tak silaplah) gusi makin berdenyut. Hampir melelehkan air mata masa tu. Bila dah sampai dekat Terminal Amanjaya kesayangan suruh beli Hurix's iaitu ubat sakit gigi. Nasiblah ada. Setel bayar terus cari seat letak beg amik air dan terus telan ubat. Homai, ambil masa jugak nak kurangkan sakit ni. 


Keesokannya, pagi-pagi lagi dah ajak mak pergi klinik. Ok, part ni memang aku rasa dugaan sangat-sangat. Korang bayangkan sampai 3 buah klinik kitorang pergi. Mari aku cerita satu-persatu. Macam biasalah kalau sakit gigi kitorang akan pergi ke Sungai Siput. Ada satu klinik ni memang kitorang rasa comfortable sangat dengan layanan doktor. Buat kerja pun sangat lembut dan cermat. Tapi malangnya klinik ni tetiba off masa tu. Sabar aje lah. Kemudian, mak ajak pergi klinik dekat area Meru Raya. Dah sampai dan dengan harapan doktor ada tapi harapan memang punah sepunahnya bila ternampak perkataan CLOSED dekat pintu klinik ni. Allahurabbi. Masa ni mata dah berair ha. Sakit kau tahu! No choice mak kata pergi UTC. Sampai dekat klinik gigi 1 malaysia tu ramai giler orang. Kalau tunggu tak tahu turn no berapa dan tak tahu berapa jam kitorang akan tunggu sampai no giliran sendiri di panggil. Bak kata nurse kemungkinan besar 1/2/lebih dari tu. Ok, amibil keputusan balik. Dalam hati berdoa semoga sakit ni akan berkurangan. Dalam kereta teringat aku ada ambil name card doktor kat klinik gigi Meru Raya tu. Terus call dan buat appointment pukul 5 petang hari tu jugak.

Selesai jumpa doktor. Alahai dia cek x sampai seminit pun. Bukak mulut dan sudah. Tercengang masa tu. Untuk melambatkan masa suruh cek area gigi sebelah kanan jugak. Itu pun tak sampai seminit. Sangat tak berbaloi tunggu lama-lama. Menurut beliau sakit ni disebabkan geraham bongsu. Masa aku tercengang tu terus dia kata "ok, lagi 3 hari awak datang buat minor operation". Operate gigi? Dah la tak cakap apa-apa selain geraham bongsu then terus cakap macam tu. Mahunya terkejut segala urat kat badan ni bila dengar perkataan operation tu. Aku tanya lagi "kalau tak buat buang bolehkan?" Jawapan dan memek muka doktor ni paling menyakitkan hati aku. "boleh tapi tanggung sendiri la!. Tu gigi lagi satu bila nak buat betulkan?" Fine! Keluar dari bilik pemeriksaan dengan perasaan yang macam hape aje. Bayar dan balik. 3 jenis ubat dan cek-cek semua tu RM50. 


Sampai sekarang ni masih lagi berfikir sama ada nak buang atau tidak geraham ni. Kalau difikirkan pasal sakit ni jangan cerita la. Kemungkinan besar bakal buang. So, tunggu balik la. Nak buang sekarang pun still tak boleh sebab bengkak dekat gusi ni tak surut lagi. Bahaya kot buang masa gusi tengah bengkak. Tak silap aku ada efek. Huhu! Semoga cepat hilang sakit ni.

Ok, sekian saja untuk hari ni. Bye!

1 org mengomel :):

Unknown said... Reply To This Comment

hai dear. yg kat sg siput tu klinik ape ye and kat area mane?