Kerana Cinta Itu Sempurna




Kerana khayalan itu dia bergembira,


Membayangkan betapa indahnya cinta itu,


Hanya dapat sempurnakan hatinya.







Bertanya dirinya pada sang purnama,


Apakah cinta itu akan kekal untuk selamanya?


Jawapan apakah akan diperlukan.


Sedangkan purnama itu tetap membisu.







Dia menatap pula dada langit,


Merenung dengan tajam sekali,


Sekali lagi ia cuba bertanya,


Tapi sayang...ia tetap membisu.






Lalu dia memejamkan matanya,


Mengingati cinta yang menyapa,


Mengusik sekeping ahatinya,


Dengan bicara madah yang indah.







Rasa lengkap akan kehidupannya,


Walaupun hanya cinta yang menyapa,


Kerana cinta itu sempurna untuknya



0 org mengomel :):