Love...Lurve...Cinta...



1. Cinta bukan sekadar perasaan menyanyangi semata-mata tetapi apa yang lebih penting adalah keikhlasan. Ini kerana perasaan menyanyangi itu boleh datang & pergi dengan begitu sahaja. Cinta juga tidak akan pernah berakhir kerana sememangnya cinta tidak harus berakhir.





2. Cinta tidak akan indah jika pasangna tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangannya. Kekasih terbaik adalah sahabat terhebat.





3. Jangan pernah merasa takut untuk jatuh cinta kerana akan terasa menyakitkan saat kamu diabaikan ataupun kamu sendiri yang menyebabkan rasa cinta itu tercipta. Jangan terlalu mengikutkan kata hati kerana akan membuatkan kamu semakin terluka dan terus menerus menangis merenungi rasa sakit itu.





4. Saat mencintai seseorang jangan pernah berharapdai akan mencintai kamu sama seperti kamu mencintainya. Kerana salah seorang di antara kamu pasti akan memberikan lebih dan seorang lagi kurang.





5. Ketika kamu mencinta seseorang janganlah mengharapkan sebarang balasan. Jika kamu memikirkan hal tersebut kamu bukan mencintai tetapi cuba untuk mengharapkan sesuatu.





6. Cintailah seseorang seperti sungai yang akan mengalir selamanya. Kerana jika kamu mencintai seseorang seperti bunga, bunga akan mati saat musim berganti.





7. Saat mencintai seseorang kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan. Bukan cinta andai ianya hanya membahagiakan.





8. Sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apo yang tidak dijelaskan. Kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang tetapi ianya lahir dari hati yang paling dalam.


0 org mengomel :):