Blogger Perak - Gathering New Year di Teluk Senangin

Assalamualaikum.

Lambat! Ya sangat lambat untuk diri ini menceritakan tentang gathering new year ni yang berlaku seminggu yang lepas. Orang lain tak sabar nak buat entry pasal gath ni tapi aku. Tapi peduli pulak aku kan. Hakhak. Janji ada sikit coretan pasal gath ni. Sedikit ke? Haha. 

Tempat : Teluk Senangin
Tarikh : 19 - 20 Jan 2013
Pihak yang terlibat : Ahli Blogger Perak yang mendaftar

Bertempat di Teluk Senangin. First time woo sampai kat sini. Sebelum ni tak pernah tau pun pantai ni wujud. Ini serius. Even aku anak jati Perak. APTB giler la weh. Tempat peranginan kat negeri sendiri pun tak tau.

  

Aku kira gath kali ni lebih meriah sebab gabungan antara 2 group blogger terkenal kat Malaysia ni iaitu Blogger Perak (BP) dan Kami Blogger Utagha (KBU). Mantop baq hang. Rugi pada sesapa yang tak join dan tak dapat join gath ni. 

Admin BP (berdiri) & KBU (duduk)
Ok, bermacam-macam benda yang kitorang buat dari mula kitorang jejakkan kaki kat tanah Teluk Senangin ni sampai la kitorang balik ke pangkuan yang tercinta. #Eh. Aktiviti utama dah tentulah mandi lautkan. Kalau dah buat aktiviti kat tepi laut ni memang tak sah la tak mandi laut. *aku tak berapa nak mandi sebab tak suka sangat mandi laut. duduk melepak tepi laut tu, ok* Nak tengok tak dugong-dugong comel dan hensem yang terdampar dekat laut tu?

apa motif budak PHP ni buat muka centu ntah. Hahaha!
  
Tak ohsem lagi gambar-gambar dekat atas ni. Ada lagi ha. Sabar! Ok, malam tu kitorang ada aktiviti bebas. Pada awalnya ada talk bersama blogger famous amos, Bro Framestone dan abg Reez. Tapi disebabkan ada sedikit masalah maka terpaksa cancelkan sesi tu. Tidak mengapa! Aktiviti diteruskan dengan free show oleh 2 orang retis BP : Ajek & Papa Aan. *memang melekat sampai sekarang aku panggil dia ni "papa"* Ni aktiviti lepas membuncitkan perut memasing. 

bagung! bagung! bagung!
Live show dari Ajek & Aan. agum tengok kebolehan diorang ni main alat musik. Ajar pelisss..

 
 

Pergh, dah lama sangat tak duduk melepak ramai-ramai macam ni. Rindu zaman kegemilangan sekolah. Bercanda di tepi pantai. #eh. Keesokan harinya pulak pepagi lagi ada games. Mari kita isi perut dulu. 

 

Sesi kempiskan perut yang membuncit pulak.

 

Daan, bermulalah pengembaraan kami bersama games-games pada pagi tu. Group aku menang apa ye? Tak ingat la pulak. Dalam first game tu ada adengan romantik dari Naq & Jeton. Comell! 

game 1 : cari perbezaan 
game 2 : galah panjang
game 3 : hoki bola beso 
Selesai game! Secara keseluruhannya group aku dapat 2nd place. Ok apa! Good job Syawanadib! Sape bagi nama ni oit. Dah serupa sawadikap kap pung kap. Hahaha 

Syawanadib terbaik! *tangga meh o.0*
Secara keseluruahannya sangat enjoy join gath ni. Mohon adakan lagi gath yang lain. Eh, KBU nak buat bulan 6 kan. Ok akak abang KBU & BP, diharapkan anda semua sediakan hadiah untuk adik wawa ni ya. Nak besar tau tak nak kecik! >.<

Sekian saja laporan dari ahli BP023

1 org mengomel :):

Anonymous said... Reply To This Comment

sonok betul... tapi apakan daya, xde rezeki nk join korang sekali.....huhuhu...

*lari masuk bilik kesat hingus...sobs sobs*