Ibu tiri dera anak tiri dengan cili

Assalamualaikum. Mengucap terus bila dengar berita tentang seorang ibu tiri sanggup mendera anak tiri perempuannya yang berumur 11 tahun dengan menggunakan cili. Korang bayangkan ye bila cili tersebut ditumbuk lumat dan kemudian dimasukkan ke dalam kemaluan dan mulut anaknya. Gila tak gila? Bangang tak bangang? 


Kejadian tersebut turut disaksikan sendiri oleh adik dan neneknya yang uzur. Namun, diorang tak mampu nak buat apa-apa. Kesiannya. Huhu.. Waktu kejadian tersebut bapa diorang tak ada dirumah sebab tengah bekerja.

Hasil pemeriksaan yang dlakukan oleh Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, beliau mendapati ibu tiri kanak-kanak tersebut pernah menderanya sejak tahun lepas dengan menekap sudu panas ke badannya  sehingga meninggalkan kesan parut.

Akibat tak tahan dengan perbuatan kejam ibu tirinya, beliau nekad pergi ke rumah mak saudaranya yang berdekatan lalu ceritakan kejadian tersebut sebelum mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan polis. Alhamdulillah, tepat jam 4 petang ibu tirinya telah ditahan oleh pihak polis pada hari itu juga.

p/s : kalau marah sekalipun dengan anak janganlah dera anak sampai macam tu sekali. Pikirlah akibatnya kalau buat macam tu. Budak tu yang akan merana bukan kau. Nauzubillah. Semoga kita semua dielakkan daripada perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini.

4 org mengomel :):

Azhafizah Md Nor said... Reply To This Comment

manusia kejam..kesian anak jadi mangsa

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

skt je hati kt bila tau brite ni.

p/s: hihi lar yerke.. ala ga yui ni biasa2 je tau. ok2 will inform naaa =)

Azwa said... Reply To This Comment

@Azhafizah Md Nor betul tu.. manalah sifat seorang ibu tukan.. semoga kita dielakkan dari perbuatan macam ni.

Azwa said... Reply To This Comment

@nuyui a.k.a miss YUI betul tu yui. mengucap masa dengar berita ni. heee.. gtau taw..