Selamat Datang 2014

Assalamualaikum.. 


Selamat datang 2014!! Alhamdulillah, 2014 telah pun menjelma. Ini bermakna umur pun semakin meningkat dan kita semua semakin tua dari hari ke hari. Semoga tahun ini akan lebih ohsem, lebih bagus dan lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyaallah.. 

Jadi, apa azam korang tahun ni? Tercapai ke azam korang tahun lepas? Azam aku tahun lepas ada yang tercapai dan tak. Biasalah tu kan. Macam korang jugakkan. Hee. Btw, tahun ni ada 1 benda yang aku betul-betul harap akan jadi kenyataan. Doakan aku ye kengkawan. 

Disebabkan semalam public holiday untuk KL dan kawasan yang sewaktu denganya maka aku dan Kak Fad pun keluar untuk merehatkan serta melenguhkan kaki. Yeah, 2 minggu berturut-turut keluar dengan beliau. Kali ni Ogy tak ada sebab ada hal. Dating lettew. Hikhik. Tak apa Ogy, aku paham. >.<


Kemana kitorang pergi semalam? Plan asal nak pergi ke KLCC je. Sambil tu survey barang hantaran Kak Fad. Ramai orang baq ang kat sana. Biasalahkan. Nama pun cuti. Pusing sana sampai letih. Masa pusing dalam KLCC tu kitorang ternampak satu kedai candy ni. Mak aih, teruja pulak masa kat dalam kedai tu. Kenapa selama ini aku masuk KLCC tak pernah langsung nampak kedai tu? 

 

Apa entah nama kedai ni. Tak ingat. Candy tergantung sana sini. Cantik! Benda yang paling aku suka tengok adalah....

 

Ya kengkawan troli kecik ni. Comel giler oit. Haha! Muat-muat kotak kfc. Tengok jam baru pukul 2 lebih dan kemudian Kak Fad ajak pergi ke Times Square. tengok jam baru pukul 2:30 petang dan kami terus shoot ke TS. Sampai TS rupanya manusia dekat sana lagi ramai dari manusia-manusia dekat KLCC. Redah ajelah. Bukan nak shopping apa pun. TS ni antara shopping mall yang paling aku suka sebab barang-barang dekat situ lagi murah. Usha dress dan terpegun jap tengok harga setiap dress. Paling murah RM35 dan yang paling mahal pun RM45. 

Kalau nak dibandingkan dengan harga online memang berbeza giler. Yelah, sebab ada postagekan. Bagi aku kalau nak beli dress better beli depan-depan. Maksudnya, pergi ke kedai kemudian try baju tu. Kalau nampak cantik dekat badan dan korang berpuas hati dengan baju tu terus la beli. Janganlah lengahkan lagi sebab nanti korang akan menyesal.

Sebelah malam pulak Kak Hanie, Gk dan Adib ajak karaoke. Kegilaan apakah bebudak 3 orang ni nak karok secara tiba-tiba. Permulaan karaoke untuk tahun 2014. Ok, terbebel panjang pulak. Baiklah, sampai sini sahaja dulu. Jumpa lagi nanti!

p/s : Minggu ni pergi Penang dengan tersayang. Yeah!! >.<.. Seorang lagi budak Blogger Perak.

2 org mengomel :):

Rahim WG said... Reply To This Comment

untunglah.. untung untung tuntung

Azwa said... Reply To This Comment

@Rahim WGalhamdulillah.. heeee