Kisah aku dan kucing

Assalamualaikum..

Hari ni nak bercerita pasal kucing pulak. Tetiba terlintas idea ni. Hikhik. Untuk pengetahuan korang, yang sebenarnya dari kecik lagi tak suka dan tak berani nak dekat mahupun nak pegang kucing. Salah satu faktor tu sebab aku ada asthma. Aku alergik dengan bulu kucing.

Tapi, tahun lepas ada seekor kucing betina ni sesat dekat rumah. Pada mulanya mak cuba halau dia dari rumah tapi kucing tu tetap taknak pergi. So, mak pun bagilah makan dekat dia. Lapar! Kesian dia. Lama-kelamaan kucing ni makin berat kaki nak pergi. Ok, ayong pun amik keputusan nak jaga kucing ni. First time bela kucing. Ayong namakan kucing betina tu sebagai Tipah! Kahkah! Klasik giler nama kucing ni. 

 

Mak kata Tipah bukan jenis kucing liar sebab pandai jaga kebersihan diri dia. Korang, cuba bayangkan ye. karpet dekat ruang tamu rumah langsung tak dipijaknya masa nak kuar masuk rumah. Berlaku depan  aku . Masa tu tengah layan cerita dekat ruang tamu. Terpegun kejap. Jaga kebersihan diri dan jaga kebersihan rumah tuan dia sekali. Bagus Tipah!

Tak lama lepas tu, kitorang perasan perut dia buncit semacam. Makin lama makin buncit. Ok, aku admit yang dia ni tengah bunting. Hoi! Bila masa kau menggatal ha? Haha! Dari sehari ke sehari sampailah masanya dia beranak. Seminggu sebelum dia nak beranak tu memang tak tentu arah aku tengok. Asal ada ruang kosong kat rumah mesti dia nak masuk termasuklah dalam almari baju aku. Amboi kau kat situ pun nak jugak ke? Maaf, sememengnya dilarang sama sekali. 

Suatu malam *dah lupa bila* tetiba ayong kata comforter dia basah. Pelik gak. Takkanlah dia kencing kot. Haha! #eh, rupanya si Tipah ni dah beranak. Patutlah basah dah pecah ketuban rupanya. #eh, kucing ada air ketuban ke macam manusia? Haha! 4 ekor semuanya. Comel-comel tapi sayang ada seekor tu tak hidup lama. Anak dia yang last sekali. Nasib baiklah tak meroyan. Kalau tak jenuh ha. Ok, mempersembahkan anak-anak tipah...

bulat aka abang (atas), kiki aka gemuk (tengah) & lala aka manja (bawah)
Tak jumpa gambar masa 3 ekor ni kecik. Huhu. Tiga ekor kucing yang sangat lincah dan aktif. Macam-macam benda yang diorang ni eksplore. Haizz. Tiga ekor kucing ni ada sifat diorang yang tersendiri. Macam si Bulat aka Abang tu sifat "abang" dia tu betul-betul terserlah bila adik-adik dia lahir. Bukan main jaga setiap pergerakan adik-adik dia. Tengah tu pulak nama dia kiki. Kucing paling comel dan cantik yang pernah kitorang miliki. Dia ni tak tak reti duduk diam kat rumah. Kerjanya merayap aje. Keluar rumah subuh balik rumah waku malam. Cari pakwe lettew! Haa, yang last sekali tu nama dia Lala. Dia ni manja sangat. Duduk diam je dekat rumah.

Nama bulat, kiki dan lala ni dapat daripada ayong dan faiqah. Bulat tu sebabnya masa kecik dia yang paling bulat. Rasanya sebab dia seekor je jantan kot. Nama pun jantan mestilah kuat makan. Tapi bila dah besar benda tu jadi vice versa pulak dengan si Kiki. Dialah yang paling gemuk sekarang ni. Senang cerita sekarang ni kitorang panggil dia Mok sebab gemuk. Haha!

Elok aje 3 ekor ni dah besar, sekali lagi terpandang perut ibu diorang. Besar lagi! Apa yang aku ingat Tipah beranakkan lagi 3 ekor pada 2 Jun 2013 sempena birthday Agong. Haha! Senang betoi nak ingat tarikh lahir bebudak kecik 3 ekor ni. 

Homai, anak Tipah yang ni pun comel-comel. Geram betul tengok. Kali ni warna diorang berbeza dari yang 1st tu. Seekor hitam, seekor kelabu n seekor lagi ala-ala si kiki. Tadaa.. persembahkan...

Awang (tepi), kecik (atas) & bubu (bawah)
Aku paling suka kacau si hitam aka Awang. Bulu di lembut giler even warna bulunya hitam-legam. Its ok la Tam, kau comel apa. Aku pun suka kacau kau kan. Heee.. Lagi 2 ekor tu namanya kecik dan bubu. 2 ekor ni sangat lincah. Mak panggil si Kecik tu kanggaroo sebabnya kuat melompat dan bila dia melompat memang tinggi. 

Tipah ni dalam kategori ibu yang penyayang sebabnya kejap-kejap dia akan pergi ke kotak tengok anak dia. Hilang kejap then muncul balik. Bagi anak dia menyusu. Kalau anak dia tetiba tak ada mulalah melilau cari. Ada sesetengah ibu kucing ni lepas beranak je mesti tinggal macam tu. Dah la tak bagi anaknya menyusu lepas tu dibiarkan jadi anak yatim piatu. Haiya! 

Meh nak cerita bagaimana seorang budak bernama Azwa ni berani dengan kucing. Alkisah~ Ok, aku mengaku pada mulanya memang susah giler nak dekat dengan si Tipah. Dia mintak makan kengkadang tu aku buat dek aje sebab takut. Asal dia datang gesel dekat kaki sebab nak makan aku kuis-kuis dia. Ada sekali tu sanggup ambil penyodok sampah sebab taknak dia datang dekat. Rasa zalim giler masa tu. Kejadian bila entah masa aku cuba-cuba pegang Tipah. Masa tu dia dah beranakkan si bulat, kiki dan lala. Masa cuba nak pegang tu tiba-tiba kena cakar. Pergh, pedih gatal tapi tak adalah sampai nangis. Haa, start dari situlah keberanian berani pegang binatang yang berbulu ni. 

Dari hari ke hari perasaan sayang dekat kucing makin mendalam. Makin tak boleh berenggang dengan diorang 7 ekor ni. Kalau hilang je cepat-cepat cari pastu bila dah jumpa angkat bawak masuk rumah. Ya Allah, perasaan sayang dekat kucing tu memang suatu perasaan yang ikhlas dari diri ni. Betul la kata orang kalau kita sayangkan haiwan maka Allah akan beri kita sesuatu. 

Benda ni aku percaya 100%. Nak tahu kenapa? Sejak kakak aku ambil keputusan nak bela Tipah rezeki dia datang secara tiba-tiba. Daripada seorang penganggur terus dapat kerja even bukan dalam bidang dia. Lepas tu rezeki tunang dan sampailah dia kahwin baru-baru ni.

Ingat lagi kisah tahun lepas. Dapat call dari company yang aku tengah kerja sekarang ni. Masa tu bulan 5 kalau tak silap. Aku diminta hadirkan diri untuk sesi interview. Sehari sebelum ke KL, macam biasa pegang dan belai kucing-kucing aku tu. Sambil usap aku cakap dekat salah seekor dari diorang "doakan aku ye wahai kucing. Doakan aku semoga aku diterima bekerja dekat company yang ni *sambil cium kucing tu*". Ya Allah, kucing tu macam mengerti aje apa yang aku cakap dekat dia. So, esoknya pergilah interview macam biasa. Pelik sangat sebab memang tak ada perasaan cuak. Aku cool aje. Sebenarnya pagi tu aku tak sihat secara tiba-tiba. Macam biasa mesej kesayangan cakap macam x larat nak pergi interview. Atas nasihat beliau, aku pun pergi. Orang terakhir di interview dan masa tunggu giliran tu rasa nak balik sebab betul-betul tak larat. Gagahkan jugak jawab setiap soalan interview. Habis interview memang rasa lega sangat-sangat. Haritu interview dan haritu jugak aku dapat result. Alhamdulillah! Lepas tu terus balik Ipoh. Sampai rumah terus peluk kucing-kucing tu. Terima kasih Allah dan tak lupa juga terima kasih emak atas doa itu. Sesungguhnya doa seorang ibu mudah dimakbulkan Allah SWT.

Konklusinya, janganlah terlalu membenci bintang ciptaan Allah tu. Percayalah perasaan benci tu lama-lama akan bertukar jadi sayang. 

2 org mengomel :):

Rahim WG said... Reply To This Comment

benci bilang sayang. homai

Azwa said... Reply To This Comment

@Rahim WGkehkeh