Suatu pagi di pagi sabtu

Assalamualaikum.. Fuh,pagi ni aku dikejut oleh 2 ekor binatang berbulu lembut yang diberi nama sebagai gemuk dan bulat. Pandai kome ye. Selalu gerak anis tapi bila tahu aku balik kome meow~meow kat tepi telinga ni ye. Amboi dia..

Memula si bulat yang datang. Dok meow tepi tapi dengan slumbernya aku buat bodo je dengan dia. Usaha lagi. Dia datang dekat lagi. Kali ni rasa kesian pulak. So masa dia datang dekat aku usap kepala dia. Usap kepala dia dalam keadaan mata terpejam.haha! Agaknya dia frust kot. Terus lenggang~lenggang kangkung keluar dari bilik. Atoto.

Baru kejap ni tadi si gemuk pulak datang. Meow dia kemain lagi kuat. Ha, hat si gemuk ni dia gerak sebab hati menggele ek nak keluar. Kau memang kan gemuk. Ajenya ngada ha! Haha. So, bangun teman dia pergi dekat pintu. Kemudian... Jeng jeng jeng.. Masuk bilik baring balik. Haiz bila dah terjaga payah nak tidur balik padahal mata masih mengantuk.

Baiklah, sekian sahaja laporan pada pagi ini. See ya!

0 org mengomel :):