Walimatulurus : Pisyek dan Salwa

Assalamualaikum... 

Minggu lepas pergi ke Seberang Jaya, Penang. Kenduri Pisyek dan pasangan beliau, Salwa. Thanks korang atas jemputan walimah tersebut. Gigih bertolak dari KL, stop dekat Taiping then terus shoot ke Penang. Kitorang sampai Penang tepat pukul 12.30 malam. Singgah makan dulu dekat Nasi Kandar Line Clear. Ok, ni first time makan dekat situ.


Tengah malam buta dan perut pun tengah lapar ya rabbi membuatkan aku tak kisah langsung masa tu tengah malam. Pedulik apakan. Perut dah berkeroncong, berdangdut dalam tu. Bantai ajelah labu oii. Kalau tak makan mau merana sementara nak tunggu pagi. Silap haribulan gastrik datang balik. Bak kata mat saleh "prevention is better than cure". Selesai makan terus pergi ke homestay. Dekat area Seberang Jaya jugak. Nak kabo ni homestay tu sangat tiptop. Best sebab suasana dalamnya macam hotel. Lengkap! Ok, kalau holiday dekat Penang boleh stay dekat situ lagi. Tempat pun lebih kepada privasi. Sampai homestay tengok bebudak ni tengah santai kat ruang tamu dan bilik. Duduk bergosip pun ada. Haha. Well, biasalah tu kalau dah berjumpa.

Al-kisah keesokan hari : 

Keluar awal sikit dengan kesayangan. Selesaikan apa yang patut sebelum pergi ke rumah Salwa. Pukul 11  pagi lebih-lebih sikit dah ada dekat kawasan rumah Salwa. Kak Hani, GK dan Adib memang dah bersiap sedia awal kat sana sebab si Adib ni jadi pengapit.


Kata diorang "Pengantin budak sekolah". Haha! Macam budak sekolah yang kahwin pulak aku tengok si Pisyek ni. Tudia budak 3 orang ni. Sempat lagi bergambar sebelum majlis mula.

 

Memasing nak camwhore jugak haa. Aku pun tak ketinggalan. Keh3! Geng blogger yang datang awal masa tu. Sementara nak tunggu geng blogger yang tengah otw tu kami makan dulu. Yeah, almaklumlah perut lapar. Padahal pagi tu dah bantai nasi lemak + tea o ais sorang satu. Perangai-perangai! 

 

Pukul 12 lebih macam tu barulah diorang ni muncul. Sesat rupanya diorang ni. Tak apa la korang, asalkan selamat sampai.


 

Bebudak ni bila dah jumpa dengan semua sekali memang tak ingat dunia. Majlis orang pun dah jadi macam majlis sendiri. Camwhore sana camwhore sini. Senang cite di mana ada kamera di situ ada kami. Yeah!

Ha, lepas tu aktiviti kitorang adalah pusing-pusing Penang. Weh, ni first time naik feri dekat Penang. Haha! Perasaan gugup dan yang sebenarnya perasaan takut mabuk laut tu kuat. Masa tengah tunggu turn nak naik feri tu asyik tanya soalan ni "pening tak naik feri?", "berapa lama nak sampai kat sebelah sana?".  Part paling best bila setiap apa yang kitorang sembang masa dalam kereta boleh pulak terakam. Last-last GK tanya "wawa, ko rakam ke?". Terkedu masing-masing masa tu. Kahkah! Oh ya sambung balik cerita mabuk laut tu. Bukan tak pernah naik feri. Pernah tapi tu masa rombongan kampung aku ke Langkawi. Masa naik tu pun umur baru 8 tahun kalau tak silap la. Itulah pertama kali naik feri dan pertama kali itulah aku rasa pening, mual dan nak terkeluar isi perut. Atas dasar sebab itulah segala pertanyaan masa kat atas feri tu terkeluar. Bukan saja-saja tau. :)

 

Ate,kalau dah naik atas feri tu takkan nak duduk terperap dalam kereta kan. Moh le kota bergambo yop yong semua. Nasib kitorang baik sebab dapat lane paling depan. So, dekat la dengan kepala feri kan. #eh, kepala ke namanya. Tibai aje lah labu. Hee. Ambil angin laut n rasa kepanasan laut masa tu. Panas jadi tak panas sebabnya angin sentiasa ada. Alhamdulillah. Dalam panas-panas tu pun sempat bergambar lagi.

Puas bergambar atas feri. Yeah! Destinasi seterusnya ke Queensbay Mall. Solat dan lepaking sekejap sebelum dinner. 

dari hp kak hanie
So, bincang punya bincang diorang decide nak makan dekat Hammer Bay. Nah, lagi satu tempat baru yang aku tak pernah jejak dekat Penang. Haa, sebelum ke Hammer Bay tu kitorang sempat singgah dekat kedai Jeruk Pak Ali. Singgah untuk beli jeruk. Argh, agak ketensionan sebenarnya bila tengok jeruk-jeruk ni tergolek dalam bekasnya. Rugi betul tak boleh makan sekarang ni. Memang cari masalah la kalau kau makan, Azwa. Usai beli jeruk terus shoot ke sana. Abang Reez bebel dalam wasap. Haha "singgah beli jeruk pulak deme ni". Kehkeh! Sorry ye korang semua sebab terpaksa tunggu kitorang.

sumber
Jejak sahaja kaki dekat Hammer Bay tu kepala melilau tengok tempat tu. First impression aku dekat tempat ni "wah, macam best je. nanti kalau datang Penang boleh pergi sini lagi". Ehem awak! Kata kesayangan tempat ni artis selalu lepak. Woo. Masa tu hati terus kata "artis?wow, agak-agak boleh jumpa artis tak dekat sini?". Haha! Kemain kau Azwa.

So, makan sembang makan sembang. Kenyang! Sambil-sambil tu mata melilau pandang laut. Bestnya la hai kalau boleh pergi sini hari-hari. Kalaulah Penang - KL tu dekat memang pejam mata pergi sana. Duduk melepak dekat situ sambil menikmati angin laut memang sesuatu yang mengasyikkan. Seronok weh. Awak, jom pergi sini lagi. Hee.

Akhir kata, ucapan ni untuk pengantin baru..
Selamat pengantin baru, Pisyek dan Salwa. Semoga ikatan yang terbina ini akan berkekalan hingga akhir hayat "

2 org mengomel :):

Pisyek Kumar said... Reply To This Comment

Ameeeen. Thanks datang.

Cepat cepat kan la sikit majlis nye pun.

Pisyek dan salwa insyaAllah akan datang jika berkelapangan.

>.<

Azwa said... Reply To This Comment

@Pisyek Kumar haha.. insyaallah.