Gusiku digunting

Assalamulaikum..

Salam 1 Malaysia dan salam 1 Ipoh. Hee. Heaven gila bila setiap minggu balik rumah. Kena bebel tak dengan mak? Haruslah! Mahunya beliau tak membebel. Tapi bebelan beliau tu aku jadikan suatu kuatan untuk terus balik rumah. Haha! 

Ok, pagi tadi pergi ke klinik gigi dekat Sungai Siput. Klinik yang biasa family kitorang pergi setiap kali gigi sakit ke berlubang ke nak cabut ke. Macam yang ku pernah cerita dalam entry sebelum ni berkenaan gigi geraham bongsu tu. Klinik S. P. Dental Clinic. Wajib datang kalau korang sakit gigi. Disyorkan sangat-sangat.

Ceritanya begini. Kan last wik aku menderita sakit gigi akibat geraham bongsu. Sakit ya rabbi kau tahu! So, pagi tadi pergi dan sampai-sampai nama terus dipanggil oleh bini doktor tu sendiri. Dup dap dup dap! Doktor datang dekat aku then aku terus bagitahu pasal gigi bongsu. Doktor ni bagitahu dekat klinik dia, dia tawarkan 2 cara untuk rawatan gigi bongsu. Cara pertama dengan menggunting sikit gusi-gusi dekat area gigi geraham bongsu tu. Cara kedua pula tak lain tak bukan cabut gigi tersebut. Tapi cara kedua ni kena operate la. Korang nak operate gigi or gunting gusi? Sila pilih demi kebaikan diri anda sendiri. Doktor cek dekat are gusi yang bengkak tu dan kata beliau dah surut sikit. Beliau minta aku kumur dengan air garam untuk surutkan lagi bengkak.

Lepas tu beliau terangkan keadaan gusi aku. Rupa-rupanya macam dalam gambar yang aku bulatkan kat bawah ni. 


Gigi bongsu aku ni tumbuh secara normal tapi itulah yang menyebabkan gigi sakit bila ada daging-daging gusi dekat atasnya. Nak tahu tak pilihan aku tadi apa?


Nampak gambar gunting kat atas ni? Inilah pilihan yang aku buat. Gunting gusi beb! Ngeri dan seramkan? Tapi demi kebaikan gigi ni jugak aku buat. No choice sebab aku lagi takut operate gigi dari gunting gusi. Sebelum doktor lakukan step seterusnya dia cucuk dulu gusi. Tak terasa sakit pun dia cucuk. Bila gusi dah kebas barulah dia sambung sesi menggunting tu. Btw, masa doktor ni buat kerja dia, aku boleh dengar macam mana bunyi gunting. Boleh bayangkan tak macam mana bunyi korang gunting kertas atau macam mana kain digunting? Haha! ngeri beb. Tapi memang tak sakit. :)

Tak lama pun masa yang diambil. Cuma 10 min macam tu je. Tengah leka kena gunting tiba-tiba doktor kata "ok, dah siap". Fuh! Selesai sudah sesi gunting gusi ni. Part paling tak best kena makan ubat lagi. Huaaa..


2 org mengomel :):

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

uih..

mai SS habaqla. leh minum2 =)

Azwa said... Reply To This Comment

@nuyui a.k.a miss YUI insyallah yui. heee