Operation Lutut

Assalamualaikum..

Hari rabu minggu lepas opah telah dimasukkan ke wad Hospital Selayang untuk menjalani pembedahan di bahagian lutut sebelah kiri beliau. Lama dah sakit lutut ni. Seriusly, aku sedih dan kasihankan keadaan opahku bila beliau berjalan. Nak berjalan sekejap pun dia kata sakit. Terhinjut-hinjut bawak kedua belah kakinya.

Actually, dari last year lagi adik-beradik mak berbincang untuk buat pembedahan dekat lutut opah. Pujuk punya pujuk opah pun bersetuju. Korang, apa perasaan korang bila nak operate? Kalau aku mesti cuak sangat-sangat. Ye lah, tak pernah kena operate. Walaupun hanya lutut tapi menurut pakcik ku, doktor kata operation ni berisiko jugak atas faktor usia. Huhu. Tengok je whatsapp tu dari pakcik perasaan risau makin menjadi-jadi.

So, tepat jam 5 petang hari Rabu tu terus kemas barang. Tapi sebelum tu balik rumah ambil barang then terus shoot ke Hospital Selayang dengan Cik GKSB. Aku ajak dia sebab dia tau jalan. Nak harapkan aku memang tak la sebab tak pernah pergi sendiri ke sana. Pagi rabu tu gigih tanya wasap group Blogger Perak jalan nak ke sana. Thanks to kak Hani atas direction tersebut. Tetiba GK masuk dan tanya "wawa, kenapa tak tanya akak. Akak selalu pergi sana". Kena sedas kat aku. Haha! Sorry ye kak bukan tak nak tanya tapi memang tak ingat langsung. Lagi pun kat kepala ni nak pergi hospital je. Perjalanan dari Setapak ke Selayang ambil masa dalam setengah jam jugaklah. Kebas bontot haa. First time masuk hospital tu hati kata "ni hospital kerajaan ke swasta?". Masa otw ke wad opah lagi sekali hati kata "mak aih sunyinya hospital ni. Kalau sengsorang ni mesti seriau giler". Buat dek ajelah sebab berduakan. So, sembanglah aku dengan opah, pakcik dan makcik. Pergi makan then malam tu terus balik. Weh, lama giler tak bawak moto malam-malam. Cuak habis.

Esoknya...

Opah buat operation hari ni (khamis). Kalau diikutkan opah adalah orang ke-4 yang akan dioperate. Tapi atas sebab-sebab tertentu dan maybe 3 orang pesakit sebelumnya ada masalah kesihatan, doc kata opah orang pertama yang dioperate hari tu. Pergh, skip terus jadi orang pertama. Haiya! Menurut kata doc operation bakal bermula pada pukul 7 pagi. 7 pagi beb! Awal giler. So, pagi-pagi lagi macam biasa pakcik akan whatsapp gambar opah. 


Sebelum dibawa ke bilik operation, nurse akan pakaikan dan sediakan apa yang patut. Then selesai segalanya bermulalah pengembaraan opah dalam bilik tersebut. Operation tu ambil masa dalam 3 jam jugak. Lepas settle semua proses operation diorang tempatkan opah dekat dalam recovery room untuk dipantau. Kata mereka nak tengok sama ada lutut opah serasi atau tak. Alhamdulillah, tepat pukul 11 pagi macam tu nurse bawak opah keluar dari bilik tersebut.

p/s : lagi 3 bulan buat sebelah kiri pulak.. 

2 org mengomel :):

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

perasaan cuak mmg ada..mcm yui dlu..huhu..

yg pasti opah dah slmt dibedah kan..

Azwa said... Reply To This Comment

@nuyui a.k.a miss YUI yup yui. alhamdulillah. sekarang ni pun dah perkembangan dah ok.