eh, dah masuk bulan May rupanya.








comey tak kartun kat atas nih? comeykan. cepat cakap comey, kalau tak ceq sekeh kepala hangpa sengsorang. hee. Diam tak diam rupa-rupanya bulan may dah menjengah tiba. Cepatnya masa berlalukan. Tibanya bulan may membuatkan aku terketar-ketar seorang diri. Sebabnya? Macam-macam yang akan berlaku dalam bulan may nih.

Start 7 May exam bermula. First paper aku adalah Ethics. Grrr. Sungguh aku cuak. Cuak sebab apa? Takda satu benda pun aku tak study lagi. Kenapa tak study? Sebab busy sesangat dengan FYP. Bercakap tentang FYP, ni lagi satu benda yang buat aku cuak tahap apa aje. Presentation 23 May. Dan sistem yang aku nak present ni tak siap-siap lagi. Ya ALLAH, permudahkan segala urusanku. Cekalkan hatiku dalam menyiapkan semua ini. Aminn.

Dalam bulan may ni jugak aku mula mengenali salah seorang blogger perak aka BPian. namanya Hafiz Suhaimi. nak tau sapa dia? sila google sendiri. eh, awak mintak saya buat entry pasal kita datim-datim 1 May kan. nah! ni untuk awak. hahaha. tetiba berAwak pulak. rasanya lebih maniskan. Takkan nak panggil abang pulak. haipphaip, jangan salah sangka okeyh. Aha, awal perkenalan kami bermula dengan aku mintak tolong dia pasal coding untuk website. Seyes, dia ni pro sesangat bab-bab coding nih. Wa tabik same lu lah. hee

Cerita pasal datim dengan beliau? okeyh, secara tak sengaja berdatim dengan beliau atas sebab-sebab tertentu. Beliau nak pergi tempah baju. Usha punya usha last-last tak jadi nak tempah. decide nak tempah secara online aje. apa daaa.. jangan marah ye. hee. apa yang terjadi pada hari kejadian? bertolak dari UKM seawal mungkin untuk mengelakkan orang ramai. Tapi sampai aje dekat ktm UKM bukan main ramai lagi umat manusia yang setia menunggu ketibaan tren tersayang. terpaksa beratur panjang semata-mata nak reload TnG aje! puihhh. penat giler. Dalam tren pulak dah macam sardin. Habis cair segala makeup. baju pun hampir-hampir nak lenjun. Kan dah tak cun. hakhak.

Sampai Midvelly terus aje usha tiket wayang. Ni satu lagi. Beratur bukan main panjang lagi. Hampir-hampir nak menjadi 1 bulatan semata-mata nak beli tiket wayang aje. ok, tak dapat tengok avengers, tengok la Lockout. Not bad cite nih. Penat beratur pegi makan. haa, bermula lah sesi ice breaking. ice breaking ke?sembang itu ini. Macam-macam yang aku dan dia nih korek. Habis makan terus bergegas ke central market sebab nak usha tempat printing baju. Survey punya survey kebanyakkan kedai nak amik 5 helai dan ke atas. budak ni nak buat dalam 2 3 helai aje. 

bergegas semula ke midvelley sebab time movie ada dalam beberapa minit aje. Fuhh, bukan main laju lagi kitorang lari-lari anak ke sana. Kalah watson yambek. erk, betul ke ejaan name dia nih? taram aje lah. Its movie time. yeahyeah. Dalam wayang tuh 2 3x gak terpejam mata sebab mengantuk sesangat. ekau tak perasankan. hakhak. takpe, itu lebih baik. ok, movie ni tak lama sangat cuma 1 1/2 jam saja kata beliau. 

habis wayang buat apa? haaa, pergi usha IPOD. pergh, untunglah nak beli IPOD. belanja satu boleh? hee. cadang nak pergi pesta buku kat pwtc tapi memasing tak tau nak pergi ke sana macam mana. Last-last balik terus sebab dah tak tau nak pergi mana. Sampai UKM sambung datim lagi. hakhak. ke econsave aje. beliau nak beli barang keperluan. apa dia? tanyalah si dia. sebelum balik sempat lagi dinner bersama. char kuew tiaw time. lepas tuh buat apa? bersurailah kami. sambil lambai-lambai hantar kepulangan beliau. masuk umah siap-siap semua terus tido. hoho, nice day.

eh, macam tak caya aje berdatim bersama abam macho nih. nice to know u, frenz. lepas ni jangan segan-segan dah nak tegur kalau terserempak kat mana. Siaplah kalau tak tegur. hakhak.


p/s : nanti nak kuar jangan lupa ajak lagi ye.lalala..




2 org mengomel :):

Pisyek Kumar said... Reply To This Comment

habis feymes la Hafiz Suhaimi ni.. hahahaha.. xD

Azwa said... Reply To This Comment

hak2.. abis la sape yg bernama hafiz suhaimi tuh.. sbntar lgi anda akan glamor