Mak, anakmu mahu kawin!








bercerita soal kawin ni pasti semua orang teruja bagai nak gilakan. sapa yang tak nak kawin oi? even orang gila pun nak kawin oii. aku pun nak jugak! tapi tula calon yang sesuai tu sesat tak jumpa jalan. abang, cepatla datang. hak3. erk, gatai na kamu! erk, kenapa tetiba cakap pasal kawin ni. dah dapat seru ke nak kawin? malam tadi mimpi kena belit dengan ular ke? merepek pak rafiq aje. x pernah lagi mimpi-mimpi gitu. mimpi benda lain ada la. heee. uiks, melalut lak. ok, straight to the point. sapa kat sini nak kawin? sila angkat kaki. 

ok, menurut pada apa yang aku tau, dengar, tengok sebenarnya kawin ni bukannya mudah ye. take note! ucapan kawin tu memang senang. "weh, aku rasa nak kawin la." "mak, nak kawin." "sayang, jom kawin." ha, mudahkan? ucapan aje tak cukup kengkawan oi. sebelum melangkah ke alam perkahwinan sial betulkan niat tu dulu. hidup berumahtangga bukan senang. sume benda korang kena lakukan bersama. makan minum bersama. tidur bersama. pergi kerja bersama. 

korang kena pertimbangkan semua benda. nak kena pikir masa depan anak isteri pulak. bagi lelaki takkan la korang nak suapkan anak bini korang dengan pasir? nak bagi tempat tinggal dalam pondok pulak. pakaian pulak compang-camping. kasih sayang. takkan la nak bagi seciput aje. maunya kena hempuk dengan bapa mentua korang. ye la, dulu sebelum kawin janji bukan main lagi. "saya janji ayah. saya akan bagi kasih sayang yang secukupnya dekat isteri saya yang tersayang ni." kalau bapa mentua tu sporting nak tolong korang tak apa la jugak. dibuatnya korang dapat yang jenis tak berapa nak dekat korang atau lebih senang cite yang tak berapa nak restui hubungan korang dengan anaknya memang naya weh. so, be careful & bersedialah ya. mak aih, panjangnya mukadimah! ok, bawah ni ada beberapa tips yang korang kena ambil tau :


Tips 1 : 
SET MINDA korang betul-betul. tanya pada diri. adakah korang dah cukup bersedia nak pikul sume tanggungjawab yang dah diamanahkan? dah cukup ke sume aset? kewangan pulak. dah cukup ke?

Tips 2 :
dapatkan dulu RESTU dari kedua-dua belah pihak. sama ada dari ibu bapa korang sendiri & juga bakal mentua. restu dari ibu bapa sangat PENTING. takda restu kemungkinan besar perkahwinan korang akan terumbang-ambing. takda doa kesejahteraan dari ibu bapa. 

Tips 3 :
perempuan, take note benda ni. tolonglah bersikap MATANG sebelum korang langkah ke alam perkawinan ni. takkan nak bersikap bebudak aje kan. maunya kena tempeleng dengan suami. ok, matang bukan saja dari tingkah laku tapi dalam segala hal. contohnya kalau korang ada masalah cuba bincang secara matang. jangan main taram aje ambil keputusan tuh. padah nanti. apa yang penting sentiasa berfikiran jauh sebelum buat sebarang keputusan.

Tips 4 :
sikap bertolak ansur sesama pasangan amat penting. jangan pentingkan diri sendiri aje. JANGAN asyik nak melenting aje kalau berlaku konflik dalam rumahtangga korang. cuba selesaikannya dengan waras. kalau tak tau jugak nak buat apa, cuba rujuk pada orang yang lebih arif. 

Tips 5 : 
dah cukup ke wang simpanan? weh, penting ni. jangan asyik nak enjoy aje sampai terlupa nak simpan duit untuk kawin. erm, pakar ada mengatakan bahawa lelaki seharusnya ada wang simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan. selagi duit tak cukup selagi tu la korang tak boleh nak kawin. makin kempunan la korang.

Tips 6 :
yang ni pulak pasal kerjaya. takda kerjaya takda duit. bila dah takda duit tak bolehlah kawin. hee. kerjaya ni sangat penting. sebab yang akan menanggung semua kos hidup famili nanti adalah korang. kalau bakal isteri tu memang dah bekerjaya tak apa lagi. sekurang-kurangnya dia boleh tolong mana-mana yang patut. boleh agih-agihkan bayaran itu ini sama rata. kalau korang kawin dengan anak dara yang masih lagi belajar memang payah. takkan la nak sogok dia dengan pasirkan? takkan nak makan ikan kering + kicap tetiap hari. dapat isteri yang tak merungut tak apa lagi. erk, ada ke? itu kalau masih lagi  berdua. kalau dah bertiga berempat nanti lagi payah. kena tanggung macam-macam. susu, pampers, baju, keperluan sekolah sume korang kena tanggung. masa tu kalau pendapatan masih tak kukuh tak tau nak cakap apa la.

Tips 7 :
sentiasa bersangka baik terhadap pasangan. jangan nak cemburu buta bila tengok si isteri dengan orang lain. kemungkinan besar lelaki yang bersama dengannya tu adalah saudara-maranya sendiri. kita tak tau kan. ye la, korang pun baru aje berkawin. tak kenal sangat lagi dengan dengan keseluruhan familinya.


erm, rasanya cukup kot tips-tips kat atas ni. kalau ada sebarang cadangan nak tambah sudi-sudilah tinggalkannya di ruangan comment @ chat ye.. semoga apa yang perkongsian ini bermanfaat untuk anada semua. jumpa lagi..

p/s : thanx to someone yg bagi idea tuk entry kali ini.. thanx ye awak.. :)





2 org mengomel :):

Pisyek K said... Reply To This Comment

ni da tunjuk kat mak belom pasal post ni? :P

Azwa said... Reply To This Comment

blum lgi..slgi x dpt calon slgi 2 la x tunjuk.. :)